Monday, January 24, 2011

Kewajipan Utama

Antara kewajipan utama sebagai seorang muslim ialah :
1. Membaca Al-Quran   Sumber : 'Al-Quran ini adalah ulasan sajian Allah,oleh itu terimalah sajiannya sekadar yang kamu boleh.' (Riwayat al-Hakim drpd al-Mas'ud)   Operasional :1 hari 1 juzuk (baca 4m/s stp kali slps solat fardhu. (4x5 m/s = 20 m/s = 1 juzuk) , Peruntukan hari-hari lapang untuk khatam sekali sebulan.

2. Memperelok bacaan al-Quran   Sumber : Maka tidaklah mereka menghayati (bertadabbur) al-Quran. (Surah an-Nisa' ayat 82) Operasional : Bincang dalam halakah,Ajar masyarakat selepas Maghrib.

3. Mempelajari sirah dan sejarah salafussoleh.(Hummat al-Islam),menghafaz 40 hadis (Arba'un al-nawawiyah),risalah usul al-aqa'id.,Risalah furu'(fiqah)  Sumber : Di dalam kitab dan sunnah terdapat petunjuk,di dalam sirah terdapat al-qudwah.  Operasional :Bincang dalam halakah,bercerita kepada kanak-kanak sblm mrka tidur (jika sudah punya anak-anak).

4. Menjaga kesihatan.  Sumber : 'Dan seseorang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah daripada seorang yang lemah.Dan pada setiap mereka ada kebaikan.' (Riwayat Muslim) Operasional : Minum air masak 8 gelas sehari;2 gelas Subuh,2 gelas Zuhur,2 gelas Asar,2 gelas Maghrib,2 gelas Isya'.  Riadah ringan 10 minit/hari.

5. Mengelak minum minuman manis berlebihan (kecuali perlu) dan sesuatu yang boleh menyebabkan ketagih (rokok dll).  Sumber :Mengambil sesuatu yang menyebabkan ketagihan seperti kopi menjadikan seseorang itu lemah bila dihentikan pengambilannya. Operasional : Minum susu + madu sebelum tidur, abaikan rokok,dadah,dll.

6. Menjaga kebersihan tempat tinggal,pakaian,mknn,tubuh badan,tmpt kerja.  Sumber : 'Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.(Riwayat Muslim dan Tirmidzi)  Operasional : Membersih setiap hari,menghias ruang dan menyegarkannya dengan haruman.

7. Bercakap benar,tidak berdusta.  Sumber : 'Sesungguhnya bercakap benar itu memimpin ke arah kebaikan dan kebaikan itu pula memimpin ke syurga.'  Operasional : Tidak berdusta kecuali mengambil tauriyah (benar pada nisbahnya,dusta pada orang yg mndengar) dalam 3 perkara : Peperangan,Mendamaikan manusia,mengambil hati suami/isteri.

8. Menepati janji (menjaga waktu,pembinaan dan kepercayaan)  Sumber : 'Sesungguhnya dia seorang yang menepati janji.'(Surah Maryam ayat 54)  Operasional : Jangan lewat!

9. Bersedia,berani memikul tanggungjawab.Semulia-mulia keberanian : Berterang-terangan  dengan al-Haq,simpan rahsia,mengakui kesilapan diri,insafi diri dan mengawal marah.  Sumber : 'Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.'(Surah Yusuf ayat 86)..'Bukanlah kuat itu orang yang dapat mengalahkan musuh,tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.'(Muttafaq alaih) Operasional :Istighfar 70x/hari,jaga wudhu',borang mutaba'ah (amalan seharian).

10. Bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara yang tidak sampai menghalang untuk bergurau yang benar dan tersenyum.  Sumber :Dasar kehidupan Muslim ialah serius.Gurauan Rasulullah hanya ibarat garam pada makanan,sedikit sekali.  Operasional : 'Quluu la!'(Katakan tidak!) pada program TV yang melalaikan.

11. Pemalu,halus perasaan,mudah peka pada yang baik dan buruk.Merendah diri bukan kerana hina atau lemah.  Sumber : 'Malu itu satu cabang iman.'(Muttafaq alaih)  Operasional : Awas aurat!

12. Berlaku adil dan membuat hukuman yang betul.  Sumber : 'Jadilah kamu penegak keadilan.' (Surah an-Nisa' ayat 135)  Operasional :Janganlah perselisihan menyebabkan lupa budi baik orang.Bercakap benarlah biarpun  pahit walaupun terkena diri sendiri atau orang yang terdekat dengan anda.

13. Bersifat belas kasihan.  Sumber : 'Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul drpd kaummu sendiri,berat terasa olehnya penderitaanmu,sgt menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang Mukmin.' (Surah At-Taubah ayt 128)  Operasional : Pemurah,bertolak ansur,memberi maaf,bersopan santun,sayangkan manusia dan binatang,bergaul dan bertingkah laku baik,mengasihi kanak-kanak,hormat orang tua,melapangkan tempat duduk dalam majlis-majlis,jangan mencari rahsia,jangan mengumpat,jangan menceroboh,meminta kebenaran untuk masuk dan pulang.

14. Berusaha membaca dan menulis dengan baik.  Sumber : Hubungan dengan buku-buku karangan ulama muktabar mengekalkan perhubungan Muslim dengan dakwahnya.  Operasional : Banyak membaca,Mini Library di rumah,Mendalami bidang ikhtisas(pengkhususan),peka isu semasa dan pandangan fikrah.

Moga kita beroleh manfaat daripadanya..=)

Sumber : Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul (Fatimah Syarha, 2009)
  

No comments:

Post a Comment