Sunday, August 29, 2010

Sahabatku, Sibukkan Dirimu !!! (",)




Sekiranya Manusia Sibuk, Biar Dirimu Juga Sibuk !


Sahabatku, Ikhwahku, Ini Nasihat Buatmu Sekiranya Jiwamu Tertumpu Hanya Kepada Tuhanmu !


Tenangkanlah Jiwamu Dengan Ketenangan Yang Hakiki Lagi Diredhai Ilahi Robbi !!!


Bacalah Nasihat Ini, Dan Ambillah Faedah Yang Bisa Engkau Amalkan Untuk Menuju Ketenangan Hatimu :


Friday, August 27, 2010

Malam Penghayatan Sempena Bulan Ramadhan

Malam Penghayatan oleh Ustaz Hatta

27 Ogos 2010

Selepas Solat Terawih

Masjid Jamek IPG Kampus Keningau

Muslimin Muslimat dijemput hadir

Monday, August 23, 2010

Pertandingan Nasyid antara Opsyen


SALAM UKHUWAH dan SALAM RAMADHAN

SEMUA PENSYARAH dan GURU PELATIH DIJEMPUT HADIR KE

PERTANDINGAN NASYID ANTARA OPSYEN

SELASA 24 OGOS 2010 BERSAMAAN 14 RAMADHAN 1431H

DI DEWAN TAN SRI SUFFIAN KOROH IPG KAMPUS KENINGAU

>BERSAMA PERKUKUH INSTITUSI MASJID<

Wednesday, August 18, 2010

Renung - renungkan : Kisah Naim Si Budak Agama


Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya (Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi. Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samadamemberi tazkirah atau mengepalai bacaan Ma'thurat. Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna, jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Friday, August 13, 2010

Apa yang telah Kamu Infakkan ke Jalan Allah?



Sebutir biji benih yang kita simpan dan kita tanam di tanah yang subur,

ia akan selalu tumbuh sehingga menjadi ratusan biji benih yg lain.

Itulah ciptaan Allah swt, dan itulah yang diambil dari harta kita dengan kadar tertentu.

Kemudian kita infakkan di jalan-Nya dan kita sedekahkan pada hamba2-Nya, lalu Dia melipat-gandakan untuk kita..




Tuesday, August 10, 2010

Hikmah Di Balik Puasa Ramadhan


Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


Berikut adalah beberapa hikmah di balik puasa Ramadhan yang kami sarikan dari beberapa kalam ulama. Semoga bermanfaat.

1. Menggapai Darjat Takwa

Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah: 183).

Ayat ini menunjukkan bahwa di antara hikmah puasa adalah agar seorang hamba dapat menggapai darjat takwa dan puasa adalah sebab meraih darjat yang mulia ini. Hal ini kerana, dalam puasa, seseorang akan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi setiap larangan-Nya. Inilah pengertian takwa. Bentuk takwa dalam puasa dapat kita lihat dalam berbagai hal berikut.....

Sunday, August 8, 2010

Persediaan menghadapi Ramadhan al-Mubarak


RAMADAN adalah antara bulan yang mulia, kerana terdapat di dalamnya beberapa pengajaran yang perlu diperhatikan oleh setiap muslim bagi mempertingkat hubungan dan memperkasa diri sebagai muslim sejati di sisi Allah SWT seperti berlakunya perang Badr Kubra yang terjadi pada bulan Ramadan.

Ini membuktikan bahawa bulan Ramadan khususnya dari pelaksanaan ibadat puasa bukan penghalang untuk mencapai matlamat kejayaan dari apa yang dirancang oleh mereka yang mahukan kejayaan.

Ramadan juga memberi peluang kepada hamba-hamba Allah untuk mendapatkan sebanyak mungkin koleksi pahala yang tidak ada pada bulan-bulan lain.

Justeru, setiap kali menjelang Ramadan, amat malang jika kita tidak merebut peluang untuk menambahkan ketakwaan, kerana matlamat berpuasa adalah untuk menjadi golongan hamba yang bertakwa.

Apa sebenar definisi takwa? Perkara ini telah dihurai oleh Saidina Ali Bin Abi Talib k.w.j. Takwa itu ialah takut kepada Allah Yang Maha Mulia, beramal dengan al-Quran, reda dengan sedikit yang ada pada diri dan bersiap untuk bertemu dengan Allah.

Motivasi Nabi menjelang Ramadan

Salman al-Farisi berkata, bahawa baginda Rasulullah s.a.w. berkhutbah di akhir bulan Syaaban, sabda baginda:

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu dibayangi dengan satu bulan yang agung lagi diberkati, iaitu bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan Allah puasa fardu pada siang hari, amalan sunnat pada malam-malamnya.

"Sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan daripada amal-amal kebajikan dan kebaikan, seolah-olah dia telah melakukan satu perkara fardu, sementara yang melakukan satu perkara fardu (pada bulan Ramadan), seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardu."

Ramadan adalah bulan kesabaran, dan pahala sabar itu akan membawa ke syurga. Ia juga bulan bertolak ansur, berkasih sayang, bulan yang menambahkan rezeki golongan mukmin.

Sesiapa yang memberi dan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, baginya keampunan seluruh dosa-dosa yang pernah dilakukannya serta pelepasan dari api neraka. Baginya juga pahala yang tidak berkurangan dari orang yang berpuasa.

Para sahabat bertanya: "Sebenarnya kami tidak ada apa yang boleh dijadikan juadah berbuka puasa untuk yang berpuasa, bagaimana kami boleh meraih pahala?"

Baginda menjawab: "Allah tetap akan memberi pahala menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar, atau seteguk air atau setitis susu untuk orang berpuasa."

Ini kerana sabda baginda, pada 10 pertama Ramadan adalah rahmat, 10 pertengahan disediakan keampunan dan 10 akhir Ramadan adalah pelepasan daripada api neraka.

Justeru, tegas baginda, perbanyakkan pada bulan Ramadan dengan empat perkara:

"Dua perkara daripadanya adalah untuk mendapatkan keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi tidak boleh tidak, kamu mesti melakukannya.

"Dua perkara untuk mendapatkan Tuhan kamu itu adalah dengan mengucap syahadat La Ilaha Illallah (tiada Tuhan melainkan Allah) dan memperbanyak Istighfar.

"Sementara dua perkara yang mesti kamu lakukan adalah memohon kepada Allah untuk memasuki syurga-Nya dan minta dijauhkan daripada memasuki neraka-Nya.

"Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari telagaku, di mana dia tidak akan merasa dahaga selepas meminumnya hingga dimasukkan dalam syurga." (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab sohihnya, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban).

Dipetik dari harakahdaily.net

Thursday, August 5, 2010