Thursday, January 27, 2011

Segalanya dariMu

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian..

Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa..

Ku berbisik inilah dugaan,
Dan langkahku kini terbuka,
Pada hikmah dugaan uji keimanan,
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan...

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini,
Cekalkan hati dan semangatku,
Kurniakan ketabahan,
Agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta,
Dan ku mohon agung kudratMu..

Wahai Tuhan Yang Satu,
Segalanya dariMu...

Monday, January 24, 2011

Kewajipan Utama

Antara kewajipan utama sebagai seorang muslim ialah :
1. Membaca Al-Quran   Sumber : 'Al-Quran ini adalah ulasan sajian Allah,oleh itu terimalah sajiannya sekadar yang kamu boleh.' (Riwayat al-Hakim drpd al-Mas'ud)   Operasional :1 hari 1 juzuk (baca 4m/s stp kali slps solat fardhu. (4x5 m/s = 20 m/s = 1 juzuk) , Peruntukan hari-hari lapang untuk khatam sekali sebulan.

2. Memperelok bacaan al-Quran   Sumber : Maka tidaklah mereka menghayati (bertadabbur) al-Quran. (Surah an-Nisa' ayat 82) Operasional : Bincang dalam halakah,Ajar masyarakat selepas Maghrib.

3. Mempelajari sirah dan sejarah salafussoleh.(Hummat al-Islam),menghafaz 40 hadis (Arba'un al-nawawiyah),risalah usul al-aqa'id.,Risalah furu'(fiqah)  Sumber : Di dalam kitab dan sunnah terdapat petunjuk,di dalam sirah terdapat al-qudwah.  Operasional :Bincang dalam halakah,bercerita kepada kanak-kanak sblm mrka tidur (jika sudah punya anak-anak).

4. Menjaga kesihatan.  Sumber : 'Dan seseorang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah daripada seorang yang lemah.Dan pada setiap mereka ada kebaikan.' (Riwayat Muslim) Operasional : Minum air masak 8 gelas sehari;2 gelas Subuh,2 gelas Zuhur,2 gelas Asar,2 gelas Maghrib,2 gelas Isya'.  Riadah ringan 10 minit/hari.

5. Mengelak minum minuman manis berlebihan (kecuali perlu) dan sesuatu yang boleh menyebabkan ketagih (rokok dll).  Sumber :Mengambil sesuatu yang menyebabkan ketagihan seperti kopi menjadikan seseorang itu lemah bila dihentikan pengambilannya. Operasional : Minum susu + madu sebelum tidur, abaikan rokok,dadah,dll.

6. Menjaga kebersihan tempat tinggal,pakaian,mknn,tubuh badan,tmpt kerja.  Sumber : 'Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.(Riwayat Muslim dan Tirmidzi)  Operasional : Membersih setiap hari,menghias ruang dan menyegarkannya dengan haruman.

7. Bercakap benar,tidak berdusta.  Sumber : 'Sesungguhnya bercakap benar itu memimpin ke arah kebaikan dan kebaikan itu pula memimpin ke syurga.'  Operasional : Tidak berdusta kecuali mengambil tauriyah (benar pada nisbahnya,dusta pada orang yg mndengar) dalam 3 perkara : Peperangan,Mendamaikan manusia,mengambil hati suami/isteri.

8. Menepati janji (menjaga waktu,pembinaan dan kepercayaan)  Sumber : 'Sesungguhnya dia seorang yang menepati janji.'(Surah Maryam ayat 54)  Operasional : Jangan lewat!

9. Bersedia,berani memikul tanggungjawab.Semulia-mulia keberanian : Berterang-terangan  dengan al-Haq,simpan rahsia,mengakui kesilapan diri,insafi diri dan mengawal marah.  Sumber : 'Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.'(Surah Yusuf ayat 86)..'Bukanlah kuat itu orang yang dapat mengalahkan musuh,tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.'(Muttafaq alaih) Operasional :Istighfar 70x/hari,jaga wudhu',borang mutaba'ah (amalan seharian).

10. Bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara yang tidak sampai menghalang untuk bergurau yang benar dan tersenyum.  Sumber :Dasar kehidupan Muslim ialah serius.Gurauan Rasulullah hanya ibarat garam pada makanan,sedikit sekali.  Operasional : 'Quluu la!'(Katakan tidak!) pada program TV yang melalaikan.

11. Pemalu,halus perasaan,mudah peka pada yang baik dan buruk.Merendah diri bukan kerana hina atau lemah.  Sumber : 'Malu itu satu cabang iman.'(Muttafaq alaih)  Operasional : Awas aurat!

12. Berlaku adil dan membuat hukuman yang betul.  Sumber : 'Jadilah kamu penegak keadilan.' (Surah an-Nisa' ayat 135)  Operasional :Janganlah perselisihan menyebabkan lupa budi baik orang.Bercakap benarlah biarpun  pahit walaupun terkena diri sendiri atau orang yang terdekat dengan anda.

13. Bersifat belas kasihan.  Sumber : 'Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul drpd kaummu sendiri,berat terasa olehnya penderitaanmu,sgt menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang Mukmin.' (Surah At-Taubah ayt 128)  Operasional : Pemurah,bertolak ansur,memberi maaf,bersopan santun,sayangkan manusia dan binatang,bergaul dan bertingkah laku baik,mengasihi kanak-kanak,hormat orang tua,melapangkan tempat duduk dalam majlis-majlis,jangan mencari rahsia,jangan mengumpat,jangan menceroboh,meminta kebenaran untuk masuk dan pulang.

14. Berusaha membaca dan menulis dengan baik.  Sumber : Hubungan dengan buku-buku karangan ulama muktabar mengekalkan perhubungan Muslim dengan dakwahnya.  Operasional : Banyak membaca,Mini Library di rumah,Mendalami bidang ikhtisas(pengkhususan),peka isu semasa dan pandangan fikrah.

Moga kita beroleh manfaat daripadanya..=)

Sumber : Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul (Fatimah Syarha, 2009)
  

Sunday, January 23, 2011

Jangan Jadi Orang Yang Sibuk

Awal bismillah....
Alhamdulillah, tiga minggu sesi interaksi di kampus telah pun berlalu. Banyak perkara yang perlu dibuat dalam masa singkat ini. Paling dekat, Minggu Pengurusan Pelajar Baharu, Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Masjid, seterusnya praktikum, siapkan portfolio untuk MQA, sambutan Maulidur Rasul dan banyak lagi. (tak dapat nak senaraikan satu-satu). Sibuk? Ya, memang sangat sibuk. Pikul amanah, bukan satu perkara yang mudah. Selagi kita mampu, selagi kita berdaya, laksanakan amanah itu dengan sebaik mungkin. Kadang-kadang ia memerlukan pengorbanan tenaga dan juga masa yang banyak daripada kita.


Namun, apa-apa pun, mudah-mudahan kita bukan golongan yang melupakan tarbiyah diri meskipun dibelenggu dengan kesibukan dunia yang pelbagai. Pengurusan masa pun sangat penting. Perlu susun sebaik mungkin agar tidak ada perkara yang menjadi prioriti kita terlepas pandang.

Masa usrah bersama Tok Guru, kami dihidangkan dengan bermacam-macam nasihat dan pesanan. Alhamdulillah, masih ada lagi insan yang sudi memberi peringatan buat diri yang selalu leka dan alpa. Antara perkara yang ditekankan adalah berkenaan dengan ayat 44 daripada Surah Al-Baqarah:

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab? Tidakkah kamu mengerti?"

Ayat ini memang 'ngam' sungguh dengan situasi yang bakal berlaku. Terutamanya dalam MPPB. Seperti sebelum ini, para AJK akan bertugas mengendalikan siswa siswi guru baharu, dan pastinya aspek disiplin banyak ditekankan bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Antara pesanan yang pasti akan kita dengar:-

1.            Tolong tepati masa! Jangan datang lewat ke dewan.
2.            Semua siswa-siswi yang beragama Islam wajib datang ke Masjid untuk solat berjemaah. Jangan ponteng!

Banyak lagi pesanan yang diberikan cuma yang ingin ditekankan di sini cuma dua perkara ini sahaja. Pesanan ini sangat berguna. Penting buat diri yang mendengar, tapi sebenarnya LEBIH PENTING bagi orang yang memperdengarkannya. Ramai dalam kalangan kita, bila ada MPPB, mampu tepati masa, mampu datang ke Masjid untuk solat berjemaah. Namun, itu semua akan 'hilang' bila MPPB selesai. Pelik, bukan? Selesai sahaja MPPB, datang lewat ke kuliah, datang lewat ke mesyuarat, dan tak datang pun ke Masjid masa BIG, solat berjemaah apatah lagi. Apakah semua ini sekadar lakonan tika MPPB menjelma. Pada ana, adalah sangat baik jika amalan-amalan menepati masa dan mengimarahkan masjid diteruskan walaupun bukan pada waktu-waktu yang telah diprogramkan. Susah? Ya, memang susah. Tapi kena paksa diri. Nak jadi golongan soleh solehah kena berani. Berani paksa diri, berani menegakkan pendirian diri yang benar dan berani lawan nafsu sendiri.

"Saya berusaha untuk jadi orang yang tidak sibuk sekarang ini. Semuanya untuk meluangkan masa bersama kamu semua."

Alhamdulillah, ini peluang yang ana tunggu-tunggu dari dulu lagi. Cuma bezanya sekarang, ana yang terpaksa sibuk. Kalau berterusan, mungkin sedikit sebanyak mengganggu proses tarbiyah secara 'direct' daripada beliau.

Sempat lagi dia pesan pada ana, "Aishah, jangan jadi orang yang sibuk ya..". InsyaAllah, pesanan ini akan ana pegang sampai bila-bila. Mungkin tidak mahu ana melupakan tarbiyah diri di saat-saat genting seperti ini. Terima kasih kerana sudi mengingatkan..

Penulis merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid IPG Kampus Keningau.

Thursday, January 20, 2011

Amalan Sunat Hari Jumaat

 1. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم pada malam Jumaat dan siang hari Jumaat.

Sabda Baginda صلى الله عليه وسلم maksudnya;
"Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memeberikan salam kepadanya sepuluh kali."
[Riwayat al-Baihaqi]


 2. Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat.

Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud;
Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, amka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat."
[Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi]


3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.

Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud;
Sesungguhnya hari ini(Jumaat) ialah hari raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika memiliki minyak wangi, maka ia hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak." [Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan]


4, Bersegera menghadiri solat Jumaat

Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah, yang diringkaskan seperti berikut;

Waktu masuk ke masjid ---> Seolah-olah berkoran
§  awal waktu                       seekor unta
§  waktu kedua                     seekor lembu
§  waktu ketiga                     seekor kambing kibas
§  waktu keempat                 seekor ayam
§  waktu terakhir                  sebiji telur


5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat Jumaat.

Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sabda Baginda yang bermaksud;
"Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa manjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya."
[Riwayat Abu Daud dan al-Hakim]


Sumber: Info Fiqah, Solusi 27.

Apakah kita si Munafik itu?

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, `Siapa yang mendengar azan tapi tidak mendatanginya, maka tidak ada lagi solat untuknya, kecuali kerana ada uzur.(HR Ibnu Majah793, Ad-Daruquthuny 1/420, Ibnu Hibban 2064 dan Al-Hakim 1/245)

Dari Abi Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya solat yang paling berat buat orang munafik adalah solat Isya dan Shubuh. Seandainya mereka tahu apa yang akan mereka dapat dari kedua solat itu, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak. Sungguh aku punya keinginan untuk memerintahkan solat dan didirikan, lalu aku memerintahkan satu orang untuk jadi imam. Kemudian pergi bersamaku dengan beberapa orang membawa seikat kayu bakar menuju ke suatu kaum yang tidak ikut menghadiri solat dan aku bakar rumah-rumah mereka dengan api.” (HR Bukhari 644, 657, 2420, 7224. Muslim 651 dan lafaz hadits ini darinya).

Nah,sahabat-sahabat. Rasulullah begitu menekankan solat berjemaah namun kita yang mengaku umatnya memandang ringan terhadap seruan hamba yang mulia ini. Celakalah diri yang meninggalkan solat berjamaah.

Ulama berkata, seandainya Nabi Muhammad benar-benar bertindak yakni membakar rumah-rumah yangtidak hadir solat berjamaah itu maka jatuhlah hukum wajib atas setiap individu. 

"Ala sunat je. Tak solat berjamaah pun tak apa."

Ah, mudahnya kau menurut kata nafsumu.

Solat berjamaah adalah sunnah Nabi yang baginda tidak pernah tinggal walaupun ketika baginda gering.

Pernah baginda SAW bersabda :
“Barangsiapa yng benci terhadap Sunnahku maka bukan dari golonganku."

jadi,dimana kita?? Kemana kita nak berkumpul di akhir pembalasan? Andai bukan bersama golongan Nabi maka nescaya neraka jahanamlah tempat yang layak baginya.

Meninggalkan solat berjamaah juga adalah sifat munafik.
Tiap-tiap-tiap seseorang yang mengambil wudhuk dengan sempurna, kemudian pergi ke salah satu masjid, maka Allah akan menuliskan baginya untuk tiap-tiap langkah satu kebajikan dan meninggikannya satu darjat pula serta dihapuskanNya satu kejahatan. Sesugguhnya kami masih ingat (pada zaman Nabi) bahawa tidaklah pernah ada orang yang meninggalkan berjemaah, kecuali orang yang telah terkenal kemunafikannya, bahkan ada orang yang dibawa ke masjid smabil diapit dua orang laki-laki, lalu ditegakkan dalam saf makmum"
- (Riwayat Muslim)

Saya tertarik pada satu baris dari hadis di atas. "tidaklah pernah ada orang yang meninggalkan berjemaah, kecuali orang yang teleh terkenal kemunafikannya". 

Nyata dan terang, mereka yang sengaja meninggalkan solat berjamaah adalah munafik!

Sahabat, tahu dimana tempat tinggal munafik?
Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka. (An Nisa' : 145)

Tiadalah seburuk-buruk dan sejahat-jahat tempat melainkan neraka yang meluap-luap apinya, meratah setiap tubuh manusia engkar.

sumber : http://kelanafaqir.blogspot.com/2011/01/nota-123-apakah-kita-si-munafik-itu.html

Wednesday, January 19, 2011

Doa Rabitah

Ya Allah, 
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
Berkumpul kerana mengasihaniMu
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMu...


Maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya,
Kekalkan kemesraan di antara hati-hati ini,
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang benar,
Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu
Yang tidak akan malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan 
Limpahan iman dan keyakinan
Serta keindahan tawakkal kepadaMu, Suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat tentangMu...


Ya Allah,
Peliharalah ikatan ini
Sehingga darinya tercipta rahmah, mawaddah dan sakinah...
Engkau sebaik-baik penolong...


Tuesday, January 18, 2011

SAHABAT

" Tidak beriman seseorang itu sebelum dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri..."

Seorang muslim ibarat cerminan pada muslim yang lain....

Sahabat...
Ku ingin dikau tahu,
Tidak pernah sekalipun daku menghilangkan namamu dari ruang hatiku...
Tidak pernah sekalipun daku meluputkan namamu dari ingatanku....

Sahabat,
Ku ingin kau tahu,
Walaupun kita sudah mempunyai haluan hidup yang tersendiri,
Namun itu tidak bermakna daku akan melupakanmu..

Sahabatku,
Seribu teman yang hadir dalam hidupku,
Ianya takkan sama dengan kehadiranmu,
Kerana engkau temanku yang terawal,
Terlalu banyak kenangan kita bersama..

Sahabatku,
Jika dalam kesibukanku melaksanakan amanah,
Mengharungi kesibukan duniawi,
Jangan menyangka aku akan mudah melupakan dirimu,
Tidak semudah itu bagiku..

Sahabatku yang tersayang,
Aku tidak rela engkau berjalan dibelakangku,
Jika kita tak dapat beriringan,
Aku Redho jka engkau berjalan dihadapanku,
Kerna sekurang-kurangnya daku dapat memerhatikan dirimu dari jauh..


Ketahuilah sahabatku,
Namamu tidak pernah tercicir dari doaku,
Ukhwafillah,
Daku ingin kita sama-sama berjalan menggapai redho ILAHI....

Dalam kesibukanku mengharungi mehnah,
Dalam kesibukanku mengubah diriku,
Dalam kesibukanku menghitung kesilapan diri,
Dalam kesibukanku berjalan ke arah Rabbku,
Dalam kealpaanku melakukan tanggungjawabku,
Dalam kesibukanku menjalankan amanah mengajak kepada yang baik,

Engkau tanpa sedar telah daku abaikan,

Maafkan aku,
Bukan niatku,
Maafkanku bilamana engkau berasa terasing dengan diriku sekarang....

Maafkan aku...
Daku akan cuba memegang erat tanganmu....
ALLAH will be there...

Sunday, January 16, 2011

Enta, Enti, Kita Sahabat Baik

Enta kan sahabat baik ana..."

Majdi angguk.

"Jangan tinggalkan ana ok?"

Majdi tersenyum.

****
Hujan di luar rintis-rintis. Bergabung bersama embun malam yang sedia sejuk.

Majdi menghembus nafas. Termenung. Perkataan 'sahabat baik' berlegar di kepalanya.

Memang sahabat baik. Tapi dia, seorang Zainah. Yang mana: Saya, enta. Dan kamu, enti.

Dan hari-hari yang berlalu. Dan dengan telinga yang semakin mendengar. Dan bersama mata yang terus membaca. Hati ingin terus berubah.

Hanzalah memerhati.

"Apa termenung bro?"

"Tak ada apa.."

Majdi jawab segan-segan.

" 'Dia' yang kamu tunggu, adalah kamu sendiri.."

Majdi mengangkat kening.

"Maksudnya?"

"Kamu yang menyunting dan gubah bunga yang kamu mahukan.."

Majdi sayang akan Zainah. Dia tak mahu sahabatnya itu menangis. Dia kenal akan sahabatnya yang amat memerlukannya. Yang selalu mengadu masalah padanya. Yang selalu bersama berkongsi cerita.

But she is still she. Still ustazah and not ustaz.

"Jom malam ni?"

"Ke mana?"

"Forum pembangunan Islam.."

Hanzalah tersenyum.

****
"Kenapa enta macam lain je?"

"Erm, tak ada apa. Ok je.."

"Ana tanya, jawab sepatah-sepatah je.."

"Tak ada apa Zainah. I'm ok je, dun worry :) "

****


"Saya pelik dengan remaja sekarang.. Terutama dengan yang Ustaz dan Ustazah.."

Ustaz Zahazan memulakan bicara forum.

"Mereka mengajak orang berbuat kebaikan.. tapi ada yang diorang sendiri tak buat.."

Semua khuyuk mendengar.

"Di neraka, nanti ada orang yang disiksa dengan amat teruk.. sehingga ahli neraka hairan dan bertanya kepadanya kenapa dia disiksa begitu. Malah mereka pelik, 'bukankah kamu dahulu mengajak kami ke arah kebaikan'?"

Sungguh, mereka adalah orang yang menyuruh berbuat kebaikan, tetapi tidak melakukan.."

Tenang Imam Muda Asyraf menasihati.

"Jadilah mujahid dan mujahidah Islam yang sebenar.."

Di satu sudut, air mata seorang muslimah sudah mengalir.

Zainah tertunduk.

 ****
"Orang call tak angkat.."

"Tak sengaja lah.."

"Dia tak sengaja tak apa, kita tak sengaja tak boleh.."

Majdi buat merajuk.

Zainah ketawa.

"Bukan selalu.."

"Ye lah. Wslm.."

"Majdi!!"

" :) "

 ****
Majdi menghempaskan badannya ke katil. Meletakkan tangannya di kepala.

Tersenyum.

"Nak message Zainah lah.."

Majdi bangun, ingin mengambil handphone di atas meja. Terpandang sahih Muslim yang diletakkan di tepi handphonenya.

Dia menyelak..

Telah berkata Hanzalah r.a : Aku bertemu Abu Bakar as-Siddiq lalu Abu Bakar bertanya

Abu Bakar : bagaimana kamu wahai Hanzalah?"

Jawab Hanzalah : Aku telah jatuh munafiq! :

Abu Bakar : Mahasuci Allah, apa yang kamu katakan ini?.

Jawab Hanzalah : Kita bersama rasulullah s.a.w mengingatkan kita berkenaan neraka dan syurga sehingga seolah-olah kami melihatnya di hadapan mata, namun apabila kami keluar dari majlisnya kami bermain-main mesra dengan anak kami dan isteri kami, dan kami telah lupa banyak yang kami pelajari...

Maka berkata Abu Bakar : aku juga begitu. Lalu kami pergi bertemu RasuluLlah saw.

Setelah bertemu aku berkata : Hanzalah telah menjadi munafiq.

Lalu RasuluLlah saw bertanya : kenapa (kamu berkata) begitu ?.

Lalu aku menjelaskan : Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w mengingatkan kami tentang syurga dan neraka seolah kami melihatnya di hadapan kami namun apabila kami keluar dari majlisnya kami bermain-main mesra dengan anak kami dan isteri kami, dan kami sesungguhnya telah lupa banyak dari yang dipelajari.

Lalu RasuluLlah saw bersabda : Jika sekiranya kamu ini kekal begitu (insaf dan takut semasa pengajaranku) dan sentiasa dalam zikir mu maka kamu akan bersalaman dengan para malaikat di tempat tidur mu dan di jalan-jalan kamu akan tetapi satu masa (untuk ibadat) dan satu masa (untuk melakukan perkara lain) - RasuluLlah saw mengulang 3 kali.

(Riwayat Muslim)

Majdi sebak. Ini Hanzalah, sahabat nabi. Sedangkan diri mereka yang hebat merasakan dirinya munafiq hanya kerana bermesra dengan anak dan isteri yang halal.

Aku?

Air matanya mula mengalir. Kali kedua selepas forum tadi.

Bukankah tadi kamu merasakan seakan sudah di tepian neraka Majdi? Apa guna tangisanmu?

Hanzalah masuk. Pelik memerhatikan sahabatnya yang sedang menangis.

"Kenapa ni Majdi?"

Majdi melangut.

"Hanzalah, aku amat berharap malaikat akan turun bersalaman denganku.."

 ****
Hujan sudah reda. Lampu-lampu perang memancar perlahan menemani malam.

Zainah merenung luar tingkap, mengambil angin malam yang menyejukkan.

Hatinya benar-benar lembut sekarang. Terasa murah dengan tangisan. Forum sebentar tadi ibarat bayu yang menyampaikan salam. Salam hidayah ke hati.

Dia mahu menjadi pejuang Islam. Dan bukankah tanggungjwab sebagai seorang mujahidah itu amat besar? Sebesar pengorbanan.

Nekad.

"Salam, free x? Nak cakap sket.."

Inbox keluar. Zainah. Majdi tersenyum bersahaja.

"Wslm, yup. Silakan.."

"Ana tak tahu nak cakap macamna. Macam mana ya? Erm, perasan tak bila kita selalu message-message, kadang-kadang call.. Perasan tak sepatutnya semua tu berlaku? Hmm.. ana nak calon suami ana yang jaga muamalatnya. Tapi camna ana nak dapat mcm tu kalo ana pun x jaga muamalat? hmm.. banyak benda malam ni yang buat ana menyesal. Ana tak menyesal jadikan enta sahabat baik ana. Tapi kita yang tersilap langkah. Betul tada rasa antara kita. Ana dan enta tada perasaan antara satu sama lain. tapi itu bukan tiket untuk kita selalu message, gurau.. ana selalu cakap pada diri..

'majdi sahabat aku. 'Tada salah untuk berhubung dengan dia sebab kami bukannya ada rasa apa-apa'.

Tapi ana silap.. Ana nak jadi baik, sebab ana nak dapat suami yang baik. Ana nak enta jadi baik supaya enta dapat isteri yang baik. maybe pasni kita da tak yah message yang mengarut dah. Ana menyesal dengan semua yang ana lalui.. ana nak minta maaf pada enta, kalau-kalau selama ni ana wat enta terlalai or apa-apa la.. mohon Allah ampunkan ana.. Mohon Allah jaga kita.. doakan ana.. Syukran suma2.. ana nak berubah.."

Majdi diam. Menatap setiap huruf.

"Tak salah kan kalau ana reply?..."

Hujan kembali rintis di luar.

"Tak.."

Zainah menunggu.

"Maha suci Allah yang menjadikan malam ni untuk kita. Untuk ana, juga untuk enti. Allah benar-benar bantu bila kita mahu berubah kan? Sebelum ni enti pernah tanya, "Majdi, enta macam lain sikit je.." "Kenapa macam acuh tak acuh je dengan ana.." Sebab ana rasa apa yang enti rasa sekarang, Zainah. Tapi ana sayangkan enti sebagai seorang sahabat. Ana nak enti lupakan ana perlahan-lahan. Ana tak nak tinggalkan enti tiba-tiba. Ana tak nak enti menangis. Dan ana takut, seandainya satu hari nanti, ana akan rindukan dan amat rindukan enti. Ana juga benar-benar nak berubah. Sekarang, kita sama-sama berubah ya? Semoga Allah menjaga enti selalu. Semoga Allah menjaga hati kita sentiasa. teruskan menjadi wanita solehah ya.."

Tenang. Setenang hujan di luar.

"Allah.. terima kasih ya Allah.. Terima kasih juga Majdi.. Ana sebelum ni masih keliru. takut enta tinggalkan ana. benar-benar tak nak enta tinggalkan ana. Tapi kita punya tanggungjawab besar. bagaimana mahu menyeru pada kebaikan sedangkan kita bergelumang noda. Ana benar-benar mahu berubah. Moga Allah jaga ana, enta, dan sahabat semua. Terima kasih untuk semua-semua. Segala nasihat, dan perhatian enta, segala-galanya.. Wslm."

Majdi tersenyum. Walau syahdu.

Zainah menangis. Walau pedih.

Redha Allah lebih penting.

Bukankah sahabat yang baik itu membawa ke jalan menuju Allah?


****
Epilog:

Umar bin Abdul 'Aziz.

'Umar pernah jatuh cinta pada seorang gadis. Hanya Fathimah binti 'Abdul Malik, sang isteri bidadari hati yang belum mengizinkan 'Umar menikahi gadis itu.

Namun cinta itu tetap ada.

Kemudian hari itu datang menghampiri. Di puncak pengorbanan yang harus diberikan Umar. Untuk diri, rakyat, dan negerinya.

Walau dirinya sendiri tanpa rehat. Tanpa ruang sedikit walau untuk sekadar tertawa.

Saat Umar bertanya.

"Bagaimana keadaan kaum muslimin hari ini?"

Muzahim, si Perdana Menteri tersenyum.

"Semua kaum muslimin dalam keadaan sangat baik wahai Amirul Mukminin. Kecuali saya, anda, dan baghal anda ini.."

Ditumpukan segalanya hanya untuk perjuangan.

Fathimah amat merindukan senyum sang suami. Lalu dibawanya sang gadis yang dicintai 'Umar untuk dinikahi.

Gadis yang amat dicintainya, begitu juga sebaliknya pada sang gadis.

Nyala cinta itu kembali. Meronakan harapan. Mewarnakan hati yang sebelumnya lelah.

Namun, di sinilah cinta semasa dan cita besar perubahan bertemu dan bertarung. Di perlantaran hati sang khalifah.

Ajaib, 'Umar menikahkan gadis tersebut dengan pemuda lain.

Kata Ustaz Anis Matta. Tak ada cinta yang mati di sini.

Sebelum meninggalkan kediaman 'Umar, gadis itu bertanya sendu.

" 'Umar, dulu kau pernah sangat mncintaiku. Tapi kemanakah cinta itu sekarang?"

'Umar bergetar haru. Ada sesak di dadanya.

"Cinta itu tetap ada.."

"Bahkan kini rasanya jauh lebih mendalam..."

(Dipetik dari buku Agar bidadari cemburu padamu- Salim A. Fillah)

 ****
Bukankah sahabat yang baik itu mengajak ke arah Syurga dan bersama menjauhi neraka?