Wednesday, July 8, 2009

Kursus Kepimpinan Biro Agama dan Kerohanian ( JPP )

Kursus Kepimpinan Biro Agama dan Kerohanian (JPP) IPGM Kampus Keningau
Lokasi : Taman Pertanian Lagud Seberang, Tenom
Tarikh : 17 - 19 Julai 2009
Anjuran : BAK 2009 dengan kerjasama JAPIM IPGM Kampus Keningau
Jumlah Peserta : 30 orang

Semua ahli biro diwajibkan mengikuti kursus ini. Diminta semua ahli biro memberi kerjasama yang sebaiknya dalam menjayakan kursus ini.


Kursus ini merupakan antara program tahunan yang wajib dilaksanakan bagi mengukuhkan kualiti pengurusan dan kepimpinan institusi masjid khususnya dan kepimpinan diri amnya pada setiap ahli biro. Tujuan pelaksanaan kursus seperti ini adalah untuk mendidik diri untuk menjadi pemimpin Muslim/Muslimah terbaik dalam usaha memartabatkan dakwah islamiyyah dalam kalangan pelatih khasnya dan semua umat Islam amnya.

Meskipun program ini mewajibkan setiap ahli biro untuk menjadi peserta, namun setiap peserta diharapkan menyertainya dengan hati yang ikhlas untuk mempelajari sesuatu demiNya agar setiap peserta berjaya 'memperoleh' sesuatu daripada program ini. Justeru itu, keputusan akhir untuk menjadi peserta terletak di tangan anda. Tiada paksaan dalam menyertainya.Apa yang penting ialah keikhlasan untuk memperbaiki diri dan menimba pengalaman supaya kita boleh bergerak dengan lebih mantap diluar sana kelak.Tidak ada gunanya jika hanya jasad kita yang mengikuti program ini sebaliknya roh dan fikiran kita berada entah di mana. Muhasabahlah diri. Jangan hanya menganggap yang bergelar 'ketua' sahaja adalah pemimpin, kerana hakikatnya setiap daripada kita adalah pemimpin.

Renungi sabda baginda Rasulullah SAW,

" Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.."

( Riwayat Muslim )

No comments:

Post a Comment