Sunday, February 14, 2010

MENGAPA DIWAJIBKAN SOLAT??????

Ada 5 perkara yang wajib diketahui dan diamalkan oleh setiap muslim. Pertama adalah mengucap dua kalimah syahadah, kedua melaksanakan solat, ketiga berpuasa di bulan Ramadhan, keempat membayar zakat fitrah dan kelima ibadah haji ke Baitullah.

Perkara yang kedua adalah hal yang penting dilaksanakan kerana mempunyai keutamaan dan segala-galanya. Komunikasi dengan Allah Pencipta alam semesta dengan segenap isinya memerlukan ketulusan serta keikhlasan kita agar dapat mensyukuri nikmat yang telah dilimpahkan olehNya. Nikmat kesihatan, kesejahteraan, keselamatan serta ketenteraman dalam menjalani kehidupan.

Solat mempunyai kedudukan yang amat penting dalam kehidupan umat Islam. Kerana solat adalah cara manusia untuk berkomunikasi dengan Tuhan pencipta alam semesta.

Sesungguhnya Solat adalah nikmat terbesar yang diberikan oleh Allah s.w.t. Solat adalah cara, jalan dan alat serta saat-saat yang agung di mana hubungan berlangsung di antara hamba dan penciptanya.

Solat adalah saat memohon dan saat di mana manusia terputus sama sekali dari alam materi dan syahwat serta dunia yang penuh fitnah dan godaan, yang dengannya jiwa sampai kepada pemberi nikmat sehingga merasakan kesyahduan dalam naunganNya, dengan kebahagiaan hubungan denganNya dan keberkatan dariNya.

Solat mewujudkan perilaku tertinggi, tujuan terbesar dan kebahagiaan hakiki yang diharapkan orang-orang beriman untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala.



JOM SOLAT!!!!


No comments:

Post a Comment