Monday, February 15, 2010

Kisah Teladan: Wanita penzina


Rasulullah didatangi oleh seorang wanita dari kaum Hujainah, yang hamil kerana perbuatan zina. Lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, telah berlalu suatu hukuman bagiku maka laksanakanlah hukuman itu di atas diriku.”

Lalu Rasulullah memanggil seorang wali wanita itu serta berkata; “Perlakukanlah dengan cara yang baik terhadap wanita ini, maka jika dia telah melahirkan, bawalah dia kepadaku.” Maka wali itu melaksanakannya. Maka setelah tiba saatnya, Rasulullah mengikat wanita itu dengan pakaiannya kemudian memerintahkan kepada para sahabat supaya merejamnya. Lalu Umar berkata kepada Rasulullah,” Mengapa engkau menyembahyangkan mayat wanita itu wahai Rasulullah padahal dia telah berzina?”

Maka Rasulullah menjawab: “ Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan betul-betul taubat, yang andaikata taubatnya dibahagi-bahagikan di antara tujuh puluh orang penduduk Madinah, tentu taubatnya itu sanggup untuk menutupi kesalahan mereka semua. Dan apakah engkau pernah mendapatkan suatu taubat yang lebih utama jika dibandingkan dengan wanita itu yang menyerahkan nyawanya kepada Allah?”

No comments:

Post a Comment