Friday, February 5, 2010

Jom solat jemaah kat Masjid..

Assalamualaikum…

Moga kita semua sentiasa di dalam redha Allah sepanjang hari ini…Dah baca tajuk di atas? Ini merupakan sebuah seruan kepada diri ini terutamanya dan seterusnya kepada pemuda-pemuda Islam yang sedang membaca blog ini..Kenapa perlu berjemaah kat masjid?


Solat kat rumah sudahlah…solat sorang2 lagi best…aduh, tengah best cerita ni…nantilah..dah tua nanti aku pergi masjid la….penatlah..baru balik kuliah ni! dan pelbagai lagi alasan yang kita letakkan di hati kita untuk tidak pergi berjemaah kat masjid…


Baiklah, menjawab kepada persoalan yang ditanyakan di atas. Kenapa perlu berjemaah kat Masjid bagi orang lelaki Islam terutamanya? Yelah, itukan sunnah baginda, cuba kita kaji sirah Baginda S.A.W… baginda solat fardhu kat mana? Rasa semua tahu jawapannya…


Di sini ada beberapa sabda Nabi berkenaan orang yang solat berjemaah di masjid…moga kita lebih bersemangat untuk selalu berjemaah di masjid selepas ini…. “Sesiapa bersuci di rumahnya, kemudian berjalan menuju ke salah sebuah rumah Allah swt bagi melaksanakan salah satu kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah swt, maka salah satu daripada dua langkahnya akan menggugurkan kesalahan yang dilakukannya dan langkahnya yang satu lagi akan meninggikan darjatnya......“Sesiapa yang selalu ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat persinggahan baginya di dalam syurga bagi setiap kali dia pergi.


“Orang yang paling besar ganjarannya dalam sembahyang ialah orang yang paling jauh berjalan (untuk ke masjid). Dan orang yang menunggu sesuatu sembahyang lalu dia menunaikannya bersama dengan imam lebih besar ganjarannya daripada seorang yang sembahyang kemudian dia tidur.”...“Setiap orang muslim yang apabila tiba waktu sembahyang fardu lalu dia memperelokkan wuduk, khusyuk dan rukuknya, maka sembahyangnya itu akan menjadi penghapus dosa yang dilakukan sebelum daripada itu selagimana dia tidak melakukan dosa-dosa besar. Keadaan ini berlaku sepanjang masa.”


Apa lagi mari sama-sama tekadkan di hati sanubari ini untuk mengimarahkan rumah Allah swt… Jom Solat Jemaah kat Masjid IPG.

No comments:

Post a Comment