Sunday, February 14, 2010

Bahaya Orientalisme

Orientalisme adalah gerakan penyelidikan berhubung ilmu-ilmu, adab-adab, tamadun dan kebudayaan Islam dengan tujuan mengetahui sejauhmana mentaliti orang-orang Islam, pemikiran, hala tuju dan sebab-sebab kemercuan dan kekuatan mereka. Penyelidikan ini berobjektifkan :

  1. Membendung kekuatan Islam di satu pihak.
  2. Mengambil faedah dari ilmu-ilmu yang dimiliki oleh orang-orang Islam .
  3. Menyediakan ruang kepada penjajahan Yahudi dan Nasrani ke atas dunia Islam dan menundukkannya di bawah pengaruh dan kekuasaan penjajahan tersebut.

Orientalisme sebagai sebuah organisasi yang teratur mempunyai objeltif-objektif dan metod yang telah dirancang. Kemunculannya merujuk kepada kurun ke lapan belas. Walau bagaimanapun kalau diteliti ternyata gerakan tersebut telah muncul sebagai satu strategi bersendirian menghadapi Islam sebelum dari tarikh yang dinyatakan lagi iaitu pada kurun pertama hijrah. Kebangkitan Islam telah menarik perhatian musuh-musuhnya. Mereka cuba menghadapi Islam dengan pelbagai cara dan kekuatan yang dimiliki. Paling ketara sekali ialah kesungguhan Yuhana al-Damasyqi (676-749M), mengkaji Islam dan menulis sebuah buku berlegar sekitar perdebatan antara orang-orang Islam dan Nasrani. Setelah itu muncul seorang paderi bernama Cases memberi perhatian tentang al-Quran dan menterjemahkan sebahagian ayat-ayatnya. Pada kurun ke sebelas masihi pula muncul pula Peter Phill menterjemahkan al-Quran keseluruhannya. Kesinambungan dari usaha ini, muncullah gerakan penghijrahan para cendekiawan Nasrani secara teratur ke Andalus (Sepanyol) bagi mengkaji ilmu dan kebudayaan orang-orang Islam. Mereka memindahkan manuskrip-manuskrip Islam ke dalam bahasa Latin yang mana disitulah tersembunyinya rahsia kebangkitan dan kemajuan mereka. Usaha-usaha ini adalah perintis awal kepada gerakan orientalisme.

Ketika meletusnya peperangan Salib, orang-orang Nasrani telah merampas perpustakaan-perpustakaan kepunyaan orang Islam dan memindahkannya ke negara barat. Setelah peperangan ini menemui kegagalannya tumpuan penjajahan barat telah bertukar corak kepada Orientalism. Pertubuahan ilmiah untuk tujuan orientalis yang pertama ditubuhkan ialah di Paris dalam tahun 1822. Ini diikuti dengan penubuhan Pertubuhan Diraja di Britain dan Ireland setahun kemudiannya seterusnya Pertubuhan-pertubuhan Amerika dalam tahun 1842 dan Jerman pada 1845M. Para orientalis mula mengatur perjumpaan-perjumpaan antarabangsa bagi tujuan menyelaraskan usaha-usaha yang dijalankan disamping mengukuhkan lagi kerjasama dikalangan mereka. Perjumpaan antarabangsa pertama diadakan oleh mereka di Paris pada tahun 1873M. Ini diikuti dengan sejumlah besar perhimpunan-perhimpunan besar selepasnya sehingga ke hari ini.

Orientalisme bukan sahaja tertumpu diperingkat dunia Nasrani sahaja malah ia turut melibatkan dunia komunis. Sebuah pertubuhan untuk para orientalisme telah berjaya dibentuk dengan nama Ikatan Pembebasan Timur dalam tahun 1920. Pertubuhan ini adalah sebuah institusi ilmiah bagi melahirkan perintis komunis di dunia Islam. Di sinilah para pelajar mempelajari cara-cara melaksanakan kempen komunisme dengan menggunakan bahasa-bahasa penduduk Islam di sebelah timur agar mereka terpengaruh dengan fahaman komunis.

Objektif dan matlamat gerakan orientalis

~ Matlamat keagamaan : - mencabut unsur-unsur yang memberi kekuatan kepada pemikiran Islam dengan menimbulkan perasaan syak dan syubhat terhadap pemikiran itu, sebagai satu cara ialah mewajibkan kebudayaan barat yang bertanggungjawab menyekat kebudayaan Islam dari menjadi pegangan orang-orang Islam. – Menggugurkan pengaruh Islam dan menyekatnya agar ia tidak lagi tersebar di lain-lain tempat di dunia barat.

~ Matlamat penjajahan : - mereka menjadi pengintip terhadap hal ehwal negara Islam, memperkenalkan idea-idea orientalisme, meniupkan dakyah api persengketaan dan perbalahan sesama negara Islam

~ Membangkitkan semula perselisihan lampau dan menghidupkan kembali kesamaran yang telah lalu. Mereka telah mengapi-apikan persengketaan antara fahaman Sunni, Syiah, Khawarij dan lain-lain. Ini berlaku seperti di Iraq sekarang.

~ Memalingkan tumpuan orang-orang Islam dari aliran-aliran uji kaji ilmiah kepada aliran-aliran kesusasteraan dan teori akal agar dunia Islam jauh dari sumber-sumber pembangunan ilmu pengetahuan.

~ Menghapuskan Bahasa Arab kerana mereka merasakan bahawa itulah kunci perpaduan umat Islam kerana bahasa adalah lambang identiti ummah. Mereka telah menyeru agar menjadikan bahasa atau loghat tempatan sebagai bahasa rasmi, seruan ke arah penulisan loghat-loghat tempatan dengan menggunakan huruf latin dan dakwaan bahasa Arab Fusha boleh menghapuskan daya cita bangsa Arab.

~ Enggan berjihad Fi Sabilillah. Kalimah yang paling ditakuti oleh musuh-musuh Islam kerana mereka pernah mencuba kalimah ini dalam jiwa orang-orang Islam khasnya di saat berlakunya kegawatan. Ayat-ayat jihad yang keluar dari mulut para pemimpin ulama bagaikan jet-jet pejuang dalam peperangan menentang musuh-musuh Allah SWT. Justeru mereka telah mengarahkan agar pembelajaran jihad di dalam sukatan mata pelajaran dihapuskan. Dan ternyata strategi ini hampir berjaya kerana kebanyakkan anak muda takut untuk berjihad. Seperti di Malaysia.

~ Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dapatkan buku yang berjudul “Strategi Musuh Menentang Islam, Motivasi Kesedaran Minda Ummah” terbitan Darul Nu’man. Penulis Dr Sa’adduddin Al-Sayyid Salih.

1 comment:

  1. Salam..syukran atas info yang sgt bemanfaat&mnambah pmahaman bgi urg yg mpelajari grakan orintalis

    ReplyDelete