Monday, May 10, 2010

IBU


Beginikah balasan kita untuk seorang ibu yang melahirkan kita??

“Selain selalu dimarahi dan dimaki, anak sulung saya yang terlalu percayakan bomoh mengurung saya di bilik bahagian dapur dan selepas enam bulan dikurung dia menghantar saya ke pusat jagaan orang tua,” kata Aminah kepada Metro Ahad.

Ataupun ini balasan kita untuk seorang ibu yang tidak tidur siang malam untuk menjaga kita hanya dari seekor nyamuk??

SETIAP kali tiba tarikh sambutan Hari Ibu, Zawiah terkenang sejarah hitam dua tahun lalu apabila menerima 15 jahitan di lengan akibat dikelar dengan pisau oleh anak lelakinya.

ATAUPUN…..

“BIAR kau mampus cepat, orang tua!” Itu antara kata-kata anak lelaki tunggalnya yang menghantui fikiran Besah, 63, walaupun peristiwa itu berlaku lebih setahun lalu.Bagi Besah, kejadian kepalanya dihantukkan ke lantai dapur oleh anak sehingga lebam dan bengkak seluruh muka tidak akan dilupai hingga ke akhir hayat.

SEORANG IBU…

Tidak menghiraukan kesakitan yang dialami ketika melahirkan kita,

Rela perutnya dibedah, dan kadang kala ada yang menghembuskan nafas terakhir..

Asalkan anaknya lahir dengan sihat dan selamat..

SEORANG UMI..

Tidak ambil kisah dengan tidurnya yang lena atau tidak,

Semata-mata untuk menjaga kita dari seekor nyamuk..

Apatah lagi jika anaknya sakit,

Mereka tidak akan henti-henti berdoa pada ALLAH siang dan malam,

Mereka menitiskan air mata sambil bersujud pada ALLAH

Berdoa agar anaknya kembali cergas dan sihat seperti sedia kala..

SEORANG MAMA…

Berusaha mencari rezeki untuk mencukupi keperluan si anak..

Tidak kira siang, malam , sihat atau sakit mahupun penat lelah..

Asalkan si anak dapat meneruskan pengajian dan menjadi seorang anak yang soleh dan solehah..

Dari seorang petani, penjual kuih, tukang cuci, pemandu teksi, penoreh getah, semua kerja mama sanggup lakukan

TAPI APA BALASAN YANG KITA BERIKAN???

Dikala Ibu pulang dari kerja…

“Mak, berhentilah menjual kuih. Saya malulah mak. Semua kawan mengejek saya sebab mak jual kuih dari kampung ke kampung. Sebab mak lah kawan-kawan saya tak mahu kawan dengan saya lagi!!!”

Dikala anak sudah berkerjaya..

“Umi, maaf la..tahun nie kita tidak dapat beraya bersama lagi. Saya dapat cuti seminggu jer.. Jangan risau ya umi,, nanti saya kirimkan duit dan telefon anak ketua kampung untuk tengok-tengokkan ibu”.

Dikala mama sudah tua..

“Mak, nanti saya hantar mak ke tempat yang mak boleh dapat banyak kawan. Makanan di situ pun sedap-sedap. Mak jangan risau ya..ramai yang akan jaga mak sana.”

Disaat mereka meninggal dunia..

“Tolong mandikan mak saya. Saya tak tahu nak mandikan mayat..”

“Tolong bacakan yaasin untuk mak saya. Saya tak tahu baca arab..”

“Tolong uruskan mayat mak saya . Nanti saya bagi gaji..”

Disaat menunggu doa dari anaknya..

Anaknya meraung…” sampai hati awak putuskan cinta saya??”

Anaknya menangis…” Sedihnya cerita korea tadi..air mata saya tidak henti-henti keluar”

Anaknya tidak tidur malam…” Esok kita clubbing tempat lain pula..hahaha”

Si ibu hiba..

Anaknya sibuk dengan urusan dunia..

Akhirnya, hanya lalang sibuk memenuhi ruang kubur ibu.

SEORANG IBU

Hanya ingin…

Melihat anaknya membesar dengan sihat..

Menjadi orang yang berguna pada nusa bangsa..

Menyayangi dan disayangi anaknya..

Akhir sekali:

Seorang ibu menginginkan anaknya menjadi soleh dan solehah yang tidak putus-putus mendoakannya ketika hidup ataupun telah mati..

Sabda Rasulullah s.a.w :

" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".

Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.


"Ya Allah, sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh ibuku. Ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan selamatkanlah dia dan maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikannya, hapuskanlah kesalahannya dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih".


Semoga kita tergolong dalam anak-anak yang soleh dan solehah,

Yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu di dunia dan akhirat,

Berdoa bukan saja mengharapkan syurga di tapak kaki ibu,

Tapi juga berdoa agar ibu termasuk dalam syurga itu..

SELAMAT HARI IBU


No comments:

Post a Comment