Friday, November 13, 2009

TIPS MENGHADAPI HARI PEPERIKSAAN



Pejam celik, pejam celik, rupanya kita hampir menamatkan sesi semester kedua bagi tahun 2009. Biasanya, kehadiran penghujung semester sering kali dianggap sebagai sesuatu yang mampu membuatkan jantung para guru pelatih IPGMKK berdegup kencang. Mana tidaknya, setiap penghujung semester, semua guru pelatih diuji atau dinilai melalui peperiksaan akhir semester. Namun, usahlah gusar kerana dalam keluaran ini Mawaddah menyajikan satu tips yang pasti dapat membantu anda menghadapi hari-hari getir tersebut.

Beri perhatian kepada perkara-perkara berikut:-

Strategi ulangkaji:
-mulakan ulangkaji awal-awal lagi.
-punca malas belajar kerana kita tidak faham
-baca berulang kali, baca semua buku dan baca nota.
-bincang dengan rakan-rakan

Teknik membaca:
-berlatih baca dengan pantas, supaya anda boleh baca berulang kali.
-catatkan masa yang anda ambil untuk membaca sesuatu topik.

Buat nota dengan baik
-buat nota atau ambil nota di dalam kelas secara teratur.
-tulis nota anda supaya, anda minat untuk membacanya.
-gunakan pen penanda untuk ayat dan perkataan penting.
-buat nota berasaskan tajuk dan rajah untuk mudah faham.

Manfaatkan bahan rujukan
-gunakan bahan rujukan lain untuk membantu kefahaman anda,gunakan kamus,ensiklopedia sains,tata bahasa dewan, ensiklopedia britannica.
-kamus inggeris-melayu dewan

Persediaan pada hari peperiksaan
-buat ulangkaji sepintas lalu, sentuh semua tajuk.
-tumpukan perhatian pada proses ulangkaji
-jangan fikir lagi perkara lain yang anda tidak faham.
-tidur dengan cukup

Menjelang hari peperiksaan
-pastikan jadual peperiksaan ada dan lihat jadual dengan betul.
-bentuk kumpulan untuk buat ulangkaji secara berkesan.
-pastikan anda tiba awal
-elakkan dari berbual kosong
-pastikan semua keperluan cukup

Persediaan emosi
-elakkan perselisihan faham dengan rakan
-menjaga hati ibu bapa
-tidak bercinta
-terlalu yakin
-prasangka negatif kepada orang lain

Persediaan fizikal
- mengutamakan kesihatan badan
– tidak tidur larut malam
– menjaga keselamatan diri
– makan makanan secukupnya
– riadah yang ringan,sekitar 20 minit sehari

Persediaan mental
-jangan menyerah kalah,cepat berputus asa
-tiada gambaran yang negatif, jangan fikirkan yang bukan-bukan
-berfikiran positif, tidak bimbang keterlaluan

Strategi cemerlang peperiksaan -1
-mulai sekarang bersedia untuk belajar
-buat jadual belajar untuk peperiksaan
-mengingati tajuk
-buat nota

Strategi Cemerlang Peperiksaan -2
-Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan
-Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat
-Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan
- Mencari Sebab Tidak Tahu

Mengatasi persoalan seperti:
-saya tidak tahu dimana patut bermula
-terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan makin hampir
-subjek ini cukup membosankan
-anda baca dan faham, tapi tak mampu ingat.

No comments:

Post a Comment