Friday, November 13, 2009

SIAPAKAH???

Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang diberi
penghidupan tapi tidak mahu
sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah
Rabbul Alaamin, Tuhan
sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada
di bumi dan langit pada
TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi
petunjuk melalui
ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun
merasa tidak ada apa-apa
kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang
tidak mahu lakukan
ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan
menyiksanya dengan
kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan
kemaksiatannya.

No comments:

Post a Comment