Friday, November 13, 2009

FOKUS: KONSERT - HIBURAN BERLEBIHAN, MENGAPA PERLU DIJAUHI?

1.Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

- Pergaulan yang terlalu bebas apatah lagi yang bukan mahram adalah salah dari segi Islam.

2.Solat dibelakangkan.

- Kita sedia maklum, para penonton akan menunggu sebelum waktu Asar lagi supaya mendapat tempat yang paling hadapan. Dalam hal ini, sudah tentulah solat bukan lagi perkara yang perlu diutamakan kerana waktu Maghrib konsert itu sudah sedia untuk dimulakan. Setelah pulang ke rumah, keletihan menyusul dan waktu Isya’ pula ditinggalkan.

3.Menggalakan manusia memuja artis berbanding mengenali para Rasul dan ulama’.

- Konsert adalah peluang untuk para peminat menemui artis pujaan mereka. Kita sepatutnya mewar-warkan kehebatan tokoh ilmuan Islam untuk diteladani bukannya mengagungkan golongan yang mengundang keruntuhan moral manusia khususnya golongan muda.

4.Pusat Maksiat

- Bagi pasangan yang bercinta, disinilah

peluanag untuk mereka bertemu yang

akhirnya akan mengundang perkara

maksiat. Berdasarkan berita yang pernah didedahkan di dada akhbar, fakta menunjukkan bahawa berpuluh-puluh kondom ditemui selepas konsert Jom Heboh berlangsung di Alor Setar, Kedahyang kebanyakannya masih basah.

5.Pakaian yang amat mencolok mata serta aksi yang melanggar ketetapan Islam.

- Konsert Jom Heboh juga merupakan tempat para artis dan peminat memperagakan pakaian, tidak hairanlah pakaian dan aksesori tersebut melanggar tatasusila seorang Muslim ataupun tidak. Terdapat juga wanita bertudung bersama-sama terkinja-kinja bersama yang lain dan ini turut memburukkan imej wanita bertudung. Meskipun menutup aurat, adakah beraksi di khalayak ramai dengan tarian dan nyanyian, bertepuk serta bersorak, menepati syariat seorang Muslim ?

6. Budaya Membazir.

- Pembaziran yang dimaksudkan meliputi masa, wang dan tenaga. Sebagai contoh, ada yang sanggup datang dari Tawau ke Kota Kinabalu untuk menyaksikan konsert Jom Heboh di sana. Cuba kita lihat, betapa bersungguhnya golongan ini sehingga sanggup mengorbankan masa, wang dan tenaga semata-mata mahu menghadiri majlis keramaian yang penuh kemungkaran ini. Hal yang menghairankan kita ialah jika diadakan majlis ilmu di masjid misalnya, hatta di hadapan rumah sendiri pun sukar untuk menghadirinya.

No comments:

Post a Comment