Aku takut engkau tergoda,
Kerana itu aku diam.
Aku takut engkau goyah,
Kerana itu aku diam.
Aku takut ada yang kecewa,
Aku takut ada yang terluka,
Aku takut ada yang terhina,
Kerana itu aku diam.
Aku takut tidak dapat menjaga,
Aku takut potensi yang tak dapat diduga,
Aku takut jatuh ke dalam dosa,
Kerana itu aku diam.
Aku takut melanggar larangan-Nya,
Aku takut tak lagi peka akan peringatan-Nya,
Aku takut tak lagi taat kepada-Nya,
Kerana itu aku diam.
Aku takut tak lagi indah pada saatnya,
Aku takut tak lagi mesra seharusnya,
Aku takut tak lagi terjaga, hina di dua dunia,
Kerana itu aku diam.
Aku takut hatiku tertipu nafsu,
Aku takut taqwaku tergadaikan logika semua,
Aku takut perasaanku tertutup emosi sesaatku,
Kerana itu aku diam.
Aku takut jauh dari-Nya,
Aku takut tidak kerana-Nya,
Aku takut tak lagi dapat pertolongan dari-Nya,
Tak lagi mengamalkan Firman-Nya,
Tak lagi mengikuti Nabi-Nya,
Kerana itu aku diam.
Aku takut tak didengar dalam do'a,
Aku takut tak ditolong dalam musibah,
Aku takut tak dilihat-Nya di padang mahsyar penuh galau dan gundah,
Kerana itu aku diam.
Aku takut tak dapat memegang amanah-Nya,
Aku takut tak dapat memetik sakinah, mawaddah dan rahmat-Nya,
Aku takut tak dapat mengabadikan redha kedua orang tua,
Kerana itu aku diam.
Dalam diam aku berikhtiar,
Mempersiapkan mental, modal, hati dan fikiran,
Dalam diam aku berdo'a,
Memohon petunjuk, pertolongan dan kekuatan dari-Nya,
Dalam diam aku menghormatimu dengan petunjuk-Nya,
Dalam diam aku menjagamu dengan cinta-Nya,
Dalam diam aku mengurai rahsia tulisan di Luhmahfudz-Nya,
Dalam diam aku menjaga cinta sebagai anugerah dan amanah.
Dalam diam aku memperbaiki diri,
Dalam diam aku mempersiapkan hati,
Dalam diam aku mengumpulkan ilmu untuk saat bersatu nanti,
Dalam diam aku berusaha memberikan yang terbaik dengan redha Ilahi.
Dalam diam aku mengukir cinta abadi,
Cinta dengan cara yang diajarkan Rasul-Nya,
Cinta penuh taqwa dan tawakkal kepada-Nya,
Cinta yang datang dan akan kita kembalikan hanya pada-Nya.
Bersabarlah dalam diamku.
Berdo'alah untuk menguatkan hatimu,
Bersyukurlah atas suka dan duka-Nya untuk kuatmu,
Kerana engkaukan menjadi bahagian penting perjuanganku.
Sungguh Dia mendengar keluh kesahmu,
Sungguh Dia melihat gundah dan sedihmu,
Sungguh Dia telah mempersiapkan yang terbaik untukmu,
Sungguh Dia telah menyediakan pahala yang melimpah, atas solehahmu.
Tautkan hati kita dalam do'a,
Ikhtiarkan jiwa dan raga kita dalam ilmu dan ibadah,
Kuatkan potensi kita dengan menjalankan FirmanNya, Sunnah NabiNya,
Yakinlah...kan indah pada saatnya,
Kerana kita...menuju redha-Nya.
No comments:
Post a Comment