Friday, April 16, 2010

GURU PELATIH IPGM LESU????




S
eorang sahabat saya bertanya, apa perkembangan guru pelatih IPGM sekarang? Aku menjawab...mudah sahaja. Haluan mereka belajar di kampus kerana peluang kerja terjamin. Tidak perlu sibuk dengan hal-hal lain. Malamnya mereka terfikir nak makan di mana. Petangnya diisi dengan bermain di padang mahupun berenang di kolam. Jika tiada pensyarah, ada yang balik ke bilik, lepak di kafeteria, melayari internet bersembang di laman interaktif dan hanya sebilangannya sahaja ke perpustakaan.

Itulah rutin harian mereka. Tidak jauh berbeza semasa di bangku sekolah. Walhal mereka kini berada di salah satu institusi pendidikan terpenting negara. Institusi yang akan melahirkan guru-guru bagi mengajar dan mendidik anak bangsa di sekolah rendah. Betapa pentingya didikan dan ajaran bagi kanak-kanak ini sebagaimana dinyatakan dalam peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sayangnya mentaliti guru-guru begini jadinya.

Persoalannya, kenapakah guru pelatih kita bersikap sedemikian?

Adakah guru pelatih IPGM terlalu dimanjakan dengan elaun RM430 atau RM500 setiap bulan?

Adakah kerana hidup guru pelatih IPGM terlalu mewah disebabkan segala perbelanjaan yuran pengajian kita ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan?


Atau adakah kerana guru pelatih IPGM terlalu selesa kerana 'confirm' akan dapat bekerja sebagai guru selepas tamat pengajian sehingga melahirkan bakal pendidik yang lesu, pasif dan mempunyai mindset 'katak di bawah tempurung'?


Fikir-fikirlah wahai sahabatku sekalian.... Bangkitlah dari lenamu...Keluarkan potensimu untuk berbakti kepada agama, negara dan bangsa!


No comments:

Post a Comment