Monday, April 26, 2010

Ambil Iktibar Dari Kisah Rama-rama



Assalamualaikum w.b.t

Kaifa halukum? Apa khabar iman sahabat sohabiah hari ini? Moga-moga iman kita tetap berada pada tahap yang sepatutnya dan kian bertambah, insyaAllah....

Pernahkah sahabat sekalian mendengar tentang kisah rama-rama? Kisah rama-rama mengisahkan tentang seorang saintis yang mengkaji tentang riwayat hidup seekor rama-rama sejak asal kejadiannya dalam kepompom lagi.

Seorang saintis telah memerhatikan bagaimana anak rama-rama bergelut beberapa jam untuk memaksa dirinya keluar dari kepompom melaui satu bukaan kecil.

Saintis mendapati rama-rama kecil tidak mampu untuk bergerak keluar dari kepompom itu.

Saintis berpendapat bahawa kepompom tersebut perlu dipotong.

Rama-rama tersebut pun keluar.

Tetapi saintis mendapati badan dan kepak rama-rama itu kecil dan lemah.

Saintis terus memerhatikan, kerana pada jangkaan, kepak rama-rama itu akan terbuka dan membolehkan rama-rama itu terbang.

Namun, perkara itu tidak berlaku. Rama-rama itu merangkak sepanjang hidup.

Akhirnya saintis mendapati bahawa pergelutan untuk keluar dari satu bukaan kecil, pergelutan itulah yang akan membolehkan rama-rama itu terbang.

Untuk itu, pergelutan adalah ujian untuk hidup....



Kisah ini sengaja ana titipkan memandangkan belakangan ini, ana rasa kehidupan ana dan sahabat-sahabat yang ana kasihi kian dikunjungi pelbagai perkara yang tak dijangka. Belum habis satu, satu pulak datang. Baru hilang satu, dua pulak datang. Begitulah kiasannya. Andai lemah iman, parah jadinya. Kadangkala, ana rasa ujian yang menimpa diri ana sangat berat. Akan tetapi, bila ana buka mata dan lihat sekeliling ana, rupanya ada lagi insan lain yang lebih payah dan sulit kehidupannya berbanding ana. Kadangkala, ana hairan dan kagum seketika apabila mereka mampu menghadapi perkara-perkara tersebut. Ana sendiri pun belum tentu akan dapat menghadapi perkara tersebut dengan setenang itu. Mungkin iman ana belum cukup kuat dan mantap untuk ujian-ujian seberat itu. Betullah apa yang dikatakan dalam firmanNya:

"Allah tidak akan membebani seseorang dengan apa yang di luar kemampuannya."

Maka, jelaslah bahawa orang-orang yang menerima ujian yang berat dari Allah merupakan orang yang terpilih. Lagi berat ujian Allah bagi pada kita, lagi sayang sebenarnya Allah dengan kita. Dengan ini, ingin ana berpesan kepada diri ana sendiri dan juga rakan-rakan sekalian, jangan cepat mengeluh bila didatangi sebarang ujian hidup yang tak terduga. Anggaplah ia sebagai satu landasan atau medium yang Allah gunakan untuk kita merapatkan diri padaNya.

Dan ingatlah, kita ini bersaudara. Dukamu, dukaku jua dan dukaku, dukamu jua...Sama-samalah kita saling menguatkan antara satu sama lain. Usah gentar dengan tohmahan, hinaan, makian, ugutan dan cacian pihak-pihak yang kurang faham akan perjuangan kita. Anggaplah ia satu cabaran yang mampu menjadikan kita lebih tabah untuk menghadapi hari esok yang kita sendiri pun tidak tahu bagaimana keadaan dan situasinya.

Live life without fear, confront all obstacles and evince that you can overcome them.



Dipetik daripada http://sayyidatunnaqibah88.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment