Friday, April 30, 2010

KEMPEN JOM SOLAT (29 Apr - 13 Mei 2010)


Berikut merupakan jadual bagi program Kempen Jom Solat Peringkat IPG Kampus Keningau 2010 sebagai rujukan buat guru pelatih muslim. Harap bermanfaat, syukran...

TARIKH

PENGISIAN

CATATAN

29 April 2010

Khamis

- Perasmian Kempen Jom Solat

- Pengenalan:Apa Itu Solat

- Kewajiban Solat dan Akibat Meninggalkannya

Ustaz Mohd. Rosli bin Ismail

4 Mei 2010

Selasa

- Bicara Solat (Rukun, Syarat Sah, Syarat Wajib dan Perkara Sunat Dalam Solat)

Ustaz Misri bin Haji Bohari

6 Mei 2010

Khamis

- Amali Pergerakan Solat

- Kesalahan Biasa dalam Solat

-QiyamullaiL Perdana

Fasilitator: KPLI PAI

Ketua: Ustaz Khairul Zaman

Imam: Ustaz Mohd. Mukhlis

11 Mei 2010

Selasa

- Solat Jemaah (Cara Masbuq dan Muafiq)

- Rukhsah Solat: Jama’ dan Qasar

- Kelebihan Solat dan Perkaitannya dengan Peperiksaan

Ustaz Sobri Osman

13 Mei 2010

Khamis

- Majlis Penutupan Kempen Jom Solat

- Solat Hajat sempena Peperiksaan Akhir Semester 1, 2010


Monday, April 26, 2010

Ambil Iktibar Dari Kisah Rama-rama



Assalamualaikum w.b.t

Kaifa halukum? Apa khabar iman sahabat sohabiah hari ini? Moga-moga iman kita tetap berada pada tahap yang sepatutnya dan kian bertambah, insyaAllah....

Pernahkah sahabat sekalian mendengar tentang kisah rama-rama? Kisah rama-rama mengisahkan tentang seorang saintis yang mengkaji tentang riwayat hidup seekor rama-rama sejak asal kejadiannya dalam kepompom lagi.

Seorang saintis telah memerhatikan bagaimana anak rama-rama bergelut beberapa jam untuk memaksa dirinya keluar dari kepompom melaui satu bukaan kecil.

Saintis mendapati rama-rama kecil tidak mampu untuk bergerak keluar dari kepompom itu.

Saintis berpendapat bahawa kepompom tersebut perlu dipotong.

Rama-rama tersebut pun keluar.

Tetapi saintis mendapati badan dan kepak rama-rama itu kecil dan lemah.

Saintis terus memerhatikan, kerana pada jangkaan, kepak rama-rama itu akan terbuka dan membolehkan rama-rama itu terbang.

Namun, perkara itu tidak berlaku. Rama-rama itu merangkak sepanjang hidup.

Akhirnya saintis mendapati bahawa pergelutan untuk keluar dari satu bukaan kecil, pergelutan itulah yang akan membolehkan rama-rama itu terbang.

Untuk itu, pergelutan adalah ujian untuk hidup....



Kisah ini sengaja ana titipkan memandangkan belakangan ini, ana rasa kehidupan ana dan sahabat-sahabat yang ana kasihi kian dikunjungi pelbagai perkara yang tak dijangka. Belum habis satu, satu pulak datang. Baru hilang satu, dua pulak datang. Begitulah kiasannya. Andai lemah iman, parah jadinya. Kadangkala, ana rasa ujian yang menimpa diri ana sangat berat. Akan tetapi, bila ana buka mata dan lihat sekeliling ana, rupanya ada lagi insan lain yang lebih payah dan sulit kehidupannya berbanding ana. Kadangkala, ana hairan dan kagum seketika apabila mereka mampu menghadapi perkara-perkara tersebut. Ana sendiri pun belum tentu akan dapat menghadapi perkara tersebut dengan setenang itu. Mungkin iman ana belum cukup kuat dan mantap untuk ujian-ujian seberat itu. Betullah apa yang dikatakan dalam firmanNya:

"Allah tidak akan membebani seseorang dengan apa yang di luar kemampuannya."

Maka, jelaslah bahawa orang-orang yang menerima ujian yang berat dari Allah merupakan orang yang terpilih. Lagi berat ujian Allah bagi pada kita, lagi sayang sebenarnya Allah dengan kita. Dengan ini, ingin ana berpesan kepada diri ana sendiri dan juga rakan-rakan sekalian, jangan cepat mengeluh bila didatangi sebarang ujian hidup yang tak terduga. Anggaplah ia sebagai satu landasan atau medium yang Allah gunakan untuk kita merapatkan diri padaNya.

Dan ingatlah, kita ini bersaudara. Dukamu, dukaku jua dan dukaku, dukamu jua...Sama-samalah kita saling menguatkan antara satu sama lain. Usah gentar dengan tohmahan, hinaan, makian, ugutan dan cacian pihak-pihak yang kurang faham akan perjuangan kita. Anggaplah ia satu cabaran yang mampu menjadikan kita lebih tabah untuk menghadapi hari esok yang kita sendiri pun tidak tahu bagaimana keadaan dan situasinya.

Live life without fear, confront all obstacles and evince that you can overcome them.



Dipetik daripada http://sayyidatunnaqibah88.blogspot.com/

PERJUMPAAN AJK JKMHEI, IPG KK




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum w.b.t.


Perhatian kepada semua AJK Jawatankuasa Masjid dan Hal Ehwal Islam, IPG Kampus Keningau, satu perjumpaan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:-


Tarikh: 26 April 2010 (Isnin)
Masa : Antara Maghrib dan Isya' (6.50pm)

Tempat : Balai Seni, Masjid Jamek IPGKK

Agenda: Kempen Jom Solat



Kehadiran adalah WAJIB. Kerjasama dan komitmen anda sangatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, Wassalam
...

"BERSATU PERKUKUH INSTITUSI MASJID"

Thursday, April 22, 2010

Qiamulail..

kita kata kita tiru Rasulullah saw dalam memperjuangkan agama Allah swt..

tapi..

jom kita cek balik

kita dah buat ke tak macam Rasul kita?

--------------------------------------------------------------------

"wahai orang yang berselimut"

"bangunlah pada malam hari, kecuali sebahagian kecil"

"iaitu separuhnya atau kurang sedikit dari itu"

" atau lebih dari itu, dan bacalah AlQuran itu dengan perlahan2"

"sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu"

"sungguh bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan"

"sesungguhnya pada siang hari, engkau sangat sibuk dengan urusan-urusan yang panjang"

--------------------------------------------------------------------

telah Allah perintahkan pada Muhammad saw dan sahabatnya..

untuk qiam pada malam hari..wajib selama setahun..

untuk apa????

- menguatkan Rasulullah saw dan sahabat2
- mengentalkan jiwa mereka
- mengeraskan hati mereka
- meneguhkan kaki mereka
- menggahkan diri mereka
(bkn skema jawapan!)

tapi..sememangnya dengan amalan2 begini..
terbukti dalam sejarah islam
mereka memang kuat!
memang tabah dengan ujian Allah di dunia ini
mereka sanggup menghadapi segala rintangan ( Allah tak bagi diorg balas walaupun diorg mampu )
mereka tahannnnn kesesakan hati mereka..

hanya kerana Allah swt
hanya kerana kalimah La Ilaha Illallah~ Muhammad Rasululullah~

hingga menitis air mata..
hingga menitik cairan lemak..
hingga tertumpah darah merah..
mereka tetap thabat dalam jalan mereka..

kunci mereka????
QIYAM..
bertemu Allah , berkasih denganNya , menangis kepadaNya

persediaan MANTAP, hasilnya HEBAT!!

--------------------------------------------------------------------

sedang kita?

disebabkan adat dan kebiasaan hidup
disebabkan kesenangan dan kebahagiaan
yang telah kita kecapi selama ni..

kita lupa
kita lalai
kita lemah..

kita kata kita ikut Rasulullah swt
kita kata kita yakin dgn jalan dakwah dan tarbiah ini
kita kata kita sambung rantaian juang baginda Muhammad saw

tapi, adakah kita punya persediaan seperti Rasul dan sahabatnya?

mana pergi qiyam kita ?
mana pergi titisan air mata kita ?
mana pergi waktu indah bersama Allah swt ?
mana pergi sunnah Rasul ini ?

tepuk dada, tanya hati, tanya diri, tanya iman
mana pergi amal kita
bicara sahaja, tiada apa..

bagaimana persediaan kita?? sedang mengharap pada hasil yang hebat juga?

wallahua’lam

Friday, April 16, 2010

GURU PELATIH IPGM LESU????




S
eorang sahabat saya bertanya, apa perkembangan guru pelatih IPGM sekarang? Aku menjawab...mudah sahaja. Haluan mereka belajar di kampus kerana peluang kerja terjamin. Tidak perlu sibuk dengan hal-hal lain. Malamnya mereka terfikir nak makan di mana. Petangnya diisi dengan bermain di padang mahupun berenang di kolam. Jika tiada pensyarah, ada yang balik ke bilik, lepak di kafeteria, melayari internet bersembang di laman interaktif dan hanya sebilangannya sahaja ke perpustakaan.

Itulah rutin harian mereka. Tidak jauh berbeza semasa di bangku sekolah. Walhal mereka kini berada di salah satu institusi pendidikan terpenting negara. Institusi yang akan melahirkan guru-guru bagi mengajar dan mendidik anak bangsa di sekolah rendah. Betapa pentingya didikan dan ajaran bagi kanak-kanak ini sebagaimana dinyatakan dalam peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sayangnya mentaliti guru-guru begini jadinya.

Persoalannya, kenapakah guru pelatih kita bersikap sedemikian?

Adakah guru pelatih IPGM terlalu dimanjakan dengan elaun RM430 atau RM500 setiap bulan?

Adakah kerana hidup guru pelatih IPGM terlalu mewah disebabkan segala perbelanjaan yuran pengajian kita ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan?


Atau adakah kerana guru pelatih IPGM terlalu selesa kerana 'confirm' akan dapat bekerja sebagai guru selepas tamat pengajian sehingga melahirkan bakal pendidik yang lesu, pasif dan mempunyai mindset 'katak di bawah tempurung'?


Fikir-fikirlah wahai sahabatku sekalian.... Bangkitlah dari lenamu...Keluarkan potensimu untuk berbakti kepada agama, negara dan bangsa!


Thursday, April 8, 2010

Setiap jiwa yang berada dalam perjuangan tidak akan mengenal istilah tekanan..
tidak mengenal istilah ugutan..
tidak mengenal istilah kesakitan..
mereka berada dalam penuh kesyukuran..
tetapi hati mereka terubat dengan janji2 Allah..
menjanjikan hamba yang utuh berjuang dengan balasan syurga..

Inilah janjinya yang benar..
Bekerjalah Utk ISLAM.

Tuesday, April 6, 2010

Syukran Jazilan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya jua Kursus Kepimpinan Perkampungan Semarak Bakti 2010 berjaya di laksanakan. Terima kasih banyak kepada semua yang terlibat. Jasa kalian, hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga Allah redha atas apa yang kita lakukan. InsyaAllah, laporan berkenaan kursus ini akan dimasukkan ke dalam blog ini kelak..