Saturday, December 19, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam

- hadis riwayat Bukhari dan Muslim-


MERANCANG PERUBAHAN
By: Ir Ahmad Jais Alias

1. ANALISA JURANG
-bandingan sekarang dengan perubahan yang dihajatkan
-bagaimana jurang ini perlu diatasi
-apa halangan2 yang menanti dihadapan

2. PENENTUAN MATLAMAT
-beberap matlamat ditetapkan bagi menjayakan perubahan
-matlamat perubahan perlu digariskan dengan betul
-apakah bayangan2 usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat

3. PENETAPAN LALUAN & MARHALAH
-perangkaan kearah matlamat
-kenalpasti bentuk laluan samada susah atau senang
-perjuangan & usaha diperlukan untuk mencapainya
-susun mengikut peringkat2nya

4. PERANCANGAN STRATEGI
-perancangan mestilah bijak dan mampu membuahkan hasil
-strategi mestilah mampu dibuat dan realistic
-Perlu kepada kaedah yang pelbagai agar matlamat tercapai

5. PENILAIAN (MUHASABAH) & PENAMBAHBAIKAN
-penilaian perlu dibuat dari semasa ke semasa
-penilaian di setiap peringkat perlu dibuat
-buat postmortem dan dapatkan pelan tindakan

Salam Maal Hijrah 1431H.

Monday, December 14, 2009

Di dalam hati..

Di dalam hati, terdapat kesunyian yang takkan terubat
Kecuali dengan mendekati Ilahi
Rasa sendiri,
Namun Ilahi sentiasa mendekati
Hanya dengan jambatan keimanan
Baru mampu berkomunikasi

Di dalam hati, terdapat kegundahan yang takkan reda,
Kecuali dengan kembali kepada Ilahi,
Rasa sukar,
Namun Ilahi sentiasa membantu diri
Hanya dengan deria keimanan
Baru mampu merasai,

Di dalam hati, terdapat kekosongan yang tak dapat diterjemah
Kecuali dengan apa yang disampaikan oleh Ilahi,
Rasa kosong,
Namun Ilahi sentiasa memberi
Hanya dengan hubungan keimanan,
Baru rasa terisi

Manusia, tidak sendiri
Tetapi merekalah yag menyendirikan diri
Memisah diri daripada Ilahi
Akhirnya sepi sunyi sendiri

Sumber : langitilahi.com

Saturday, December 12, 2009

JIKA..

Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,

“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.

“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimua. Ia orang alim, pasyi ia lebih mulia berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.

“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”

Friday, November 20, 2009

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua guru pelatih IPGM Kampus Keningau.. Manfaatkanlah cuti kita dengan sebaiknya.. Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kta.. Jom menambah cinta kita kepada Allah..;)

Saturday, November 14, 2009

Hayati sejenak.....

Sedarkah temanku..
Kita musafir di dunia..
Kita akan pulang kepadaNya..
Hidup kita di dunia akan ditanya..
Adakah diisi dengan sebaiknya..
Atau keseronokan semata-mata?..
Mahukah kita hidup terhina?..
Tanpa ilmu sebagai bekalnya..
Kelak di sana rendah darjatnya..
Allah akan mengangkat orang beriman,
dan diantaramu orang yang berilmu beberapa darjat...

Apasal la aku belum terfikir nak bentang sejadah?
Hidup senang, rezeki datang melimpah,..
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah..
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah..??

Untuk diriku dan kawan-kawan yang tersayang..
Apasal lah aku malas sembahyang?
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang..
Bukankah lebih beruntung daripada tiang,
berdiri tanpa roh malam siang?..

Apasal lah aku malas sembahyang?..
Tuhan kasi otak supaya aku tak bengang..
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang..
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang..

Apasal lah aku malas sembahyang..
Kerja dah best keluarga pun dah senang..
Negara pun dah aman tak lagi hidup berdagang..
Tak kan 5 minit 5 waktu aku tak boleh luang..

Apasal lah aku malas sembahyang?..
Main bola aku sanggup sampai petang..
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang..
Apalah aku ingat masuk syurga boleh hutang..

Apasal lah aku malas sembahyang?..
Aku kena ingat umur bukannya panjang..
Pagi kita sihat petang boleh kejang..

Apasal lah aku malas sembahyang..
Seksa neraka cubalah aku bayang..
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang..
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang...

Friday, November 13, 2009

AINUL MARDHIAH


'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...

Jangan sempitkan tafsiran jihad


Iktibar
Oleh NUR HIDAYAH

KETIKA Rasulullah s.a.w. berkumpul dengan para sahabat, seorang pemuda yang tegap dan gagah melintas di hadapan mereka, salah seorang sahabat berkata, ``Alangkah baiknya kalau pemuda itu menggunakan tenaganya untuk berjihad fi sabilillah, membela agama Allah.''

Rasulullah yang mendengar kata-kata itu bersabda, Kalau dia bekerja mencari nafkah, hidupnya adalah jihad di jalan Allah. Kalau dia bekerja untuk memenuhi keperluan ibu bapanya yang sudah tua, itu juga jihad di jalan Allah. Kalau dia berusaha untuk kepentingan dirinya sendiri, agar kehormatan dirinya terpelihara, adalah jihad di jalan Allah. Tetapi, apabila dia bekerja untuk kemegahan dan riak, maka langkahnya itu adalah menempuh jalan syaitan.

Sabda Rasulullah s.a.w itu menunjukkan kepada kita betapa luasnya erti jihad sebenarnya tetapi malangnya majoriti umat Islam kini hanya menganggap jihad adalah langkah untuk berperang.

Perkataan jihad berasal daripada kata `jahada' (bahasa Arab) yang maknanya secara umum ialah bersungguh-sungguh mencurahkan segenap fikiran, kekuatan dan kemampuan untuk mencapai sesuatu tujuan. Prof Dr. Sheikh Mahmoud Syaltout, bekas rektor Universiti Al Azhar, Mesir, dalam bukunya `Min Taujihatil Islam' menyimpulkan, ``Jihad fi sabilillah adalah satu kalimat yang umum. Di dalamnya terkandung pengertian jihad terhadap diri sendiri dan hawa nafsu, jihad menghancurkan kemaksiatan, jihad membanteras kemiskinan dan kebodohan serta penyakit, sama ada penyakit jasmani atau rohani. Malah usaha untuk membasmi perpecahan dan perselisihan di kalangan umat Islam juga dianggap jihad.

Akibat tafsiran salah mengenai istilah jihad, sejak kebelakangan ini imej umat Islam semakin terjejas dan dikaitkan dengan keganasan. Sebagai umat Islam kita seharusnya tidak menyalahkan pihak yang membuat tuduhan berkenaan, sebaliknya mengkaji kenapakah tuduhan sedemikian dilemparkan kepada kita.

Semua ini terjadi kerana terdapatnya kelompok yang mentafsirkan jihad dalam sudut yang sempit, mereka melilit bom di badan untuk melakukan serangan berani mati kononnya atas nama jihad, mereka memasang bom di tempat awam kononnya atas nama jihad dan mereka juga mengaku berjihad apabila membunuh insan yang tidak berdosa setelah tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Adalah sesuatu yang malang apabila mereka yang melakukan perbuatan kejam ini mengaku diri mereka mewakili Islam, sedangkan agama Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan kekejaman sesama manusia apa tah lagi membunuh mereka yang tidak berdosa.

Allah melarang sama sekali umat Islam membunuh mereka yang tidak berdosa atas apa juga alasan, justeru itu sebagai umat Islam yang taat, sudah pastilah kita merasa kecewa apabila saban hari kita sering mendengar peristiwa bagaimana mereka yang mengaku Islam menyembelih seorang demi seorang tebusan mereka semata-mata kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Kelompok ini tidak berhak mengaku diri mereka pejuang Islam kerana apa yang mereka lakukan bertentangan dengan apa yang diperintah oleh Allah dalam al Quran. Semua ini terjadi kerana mereka sudah taksub kepada pemimpin atau ulama yang berjaya meracuni pemikiran mereka supaya mempercayai kekejaman yang dilakukan walaupun di luar batas kemanusiaan adalah satu jihad.

Mereka yang bersikap seumpama itu sudah pasti akan menerima pembalasan sewajarnya di Akhirat kelak. Masalah jihad turut ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Hajj ayat 39 hingga 40 yang bermaksud; Diizinkan bagi orang-orang yang diperangi (untuk berperang) kerana mereka dianiaya. Dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa menolong mereka. Iaitu orang-orang yang diusir dari negeri mereka tanpa (alasan) yang benar, hanya kerana mereka berkata, ``Tuhan kami adalah Allah.''

Dan kalau tidak kerana perlindungan Allah kepada manusia antara sebahagian mereka dengan sebahagian lain, nescaya diruntuhkan biara-biara, gereja-gereja dan masjid-masjid yang banyak disebut nama Allah di dalamnya. Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolongNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat Lagi Maha Perkasa.'' Peringatan ini sudah jelas disebut oleh Allah dalam al-Quran, oleh itu bagi golongan yang kononnya berjuang untuk Islam mereka sudah pasti memahami erti ayat ini.

Kesudahannya tercemarlah imej Islam, agama Islam kini tidaklah lagi dilihat sebagai agama yang cinta kedamaian dan ketenangan serta menggalakkan persaudaraan tetapi lebih dekat dikaitkan dengan keganasan. Mungkin tulisan ini tidak akan dibaca oleh kelompok yang terlibat tetapi sekurang-kurangnya ia memberi peringatan kepada umat Islam di negara ini bahawa fahamilah erti jihad sebenar yang berlandaskan kepada al-Quran dan hadis, bukannya akibat dipengaruhi tafsiran sempit oleh mana-mana pihak.