"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"(Imam Hassan Al-Banna)
Friday, November 20, 2009
Selamat Bercuti
Saturday, November 14, 2009
Hayati sejenak.....
Apasal la aku belum terfikir nak bentang sejadah?
Hidup senang, rezeki datang melimpah,..
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah..
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah..??
Untuk diriku dan kawan-kawan yang tersayang..
Apasal lah aku malas sembahyang?
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang..
Bukankah lebih beruntung daripada tiang,
berdiri tanpa roh malam siang?..
Apasal lah aku malas sembahyang?..
Tuhan kasi otak supaya aku tak bengang..
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang..
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang..
Apasal lah aku malas sembahyang..
Kerja dah best keluarga pun dah senang..
Negara pun dah aman tak lagi hidup berdagang..
Tak kan 5 minit 5 waktu aku tak boleh luang..
Apasal lah aku malas sembahyang?..
Main bola aku sanggup sampai petang..
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang..
Apalah aku ingat masuk syurga boleh hutang..
Apasal lah aku malas sembahyang?..
Aku kena ingat umur bukannya panjang..
Pagi kita sihat petang boleh kejang..
Apasal lah aku malas sembahyang..
Seksa neraka cubalah aku bayang..
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang..
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang...
Friday, November 13, 2009
AINUL MARDHIAH
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...
Jangan sempitkan tafsiran jihad
Iktibar
Oleh NUR HIDAYAH
KETIKA Rasulullah s.a.w. berkumpul dengan para sahabat, seorang pemuda yang tegap dan gagah melintas di hadapan mereka, salah seorang sahabat berkata, ``Alangkah baiknya kalau pemuda itu menggunakan tenaganya untuk berjihad fi sabilillah, membela agama Allah.''
Rasulullah yang mendengar kata-kata itu bersabda, Kalau dia bekerja mencari nafkah, hidupnya adalah jihad di jalan Allah. Kalau dia bekerja untuk memenuhi keperluan ibu bapanya yang sudah tua, itu juga jihad di jalan Allah. Kalau dia berusaha untuk kepentingan dirinya sendiri, agar kehormatan dirinya terpelihara, adalah jihad di jalan Allah. Tetapi, apabila dia bekerja untuk kemegahan dan riak, maka langkahnya itu adalah menempuh jalan syaitan.
Sabda Rasulullah s.a.w itu menunjukkan kepada kita betapa luasnya erti jihad sebenarnya tetapi malangnya majoriti umat Islam kini hanya menganggap jihad adalah langkah untuk berperang.
Perkataan jihad berasal daripada kata `jahada' (bahasa Arab) yang maknanya secara umum ialah bersungguh-sungguh mencurahkan segenap fikiran, kekuatan dan kemampuan untuk mencapai sesuatu tujuan. Prof Dr. Sheikh Mahmoud Syaltout, bekas rektor Universiti Al Azhar, Mesir, dalam bukunya `Min Taujihatil Islam' menyimpulkan, ``Jihad fi sabilillah adalah satu kalimat yang umum. Di dalamnya terkandung pengertian jihad terhadap diri sendiri dan hawa nafsu, jihad menghancurkan kemaksiatan, jihad membanteras kemiskinan dan kebodohan serta penyakit, sama ada penyakit jasmani atau rohani. Malah usaha untuk membasmi perpecahan dan perselisihan di kalangan umat Islam juga dianggap jihad.
Akibat tafsiran salah mengenai istilah jihad, sejak kebelakangan ini imej umat Islam semakin terjejas dan dikaitkan dengan keganasan. Sebagai umat Islam kita seharusnya tidak menyalahkan pihak yang membuat tuduhan berkenaan, sebaliknya mengkaji kenapakah tuduhan sedemikian dilemparkan kepada kita.
Semua ini terjadi kerana terdapatnya kelompok yang mentafsirkan jihad dalam sudut yang sempit, mereka melilit bom di badan untuk melakukan serangan berani mati kononnya atas nama jihad, mereka memasang bom di tempat awam kononnya atas nama jihad dan mereka juga mengaku berjihad apabila membunuh insan yang tidak berdosa setelah tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Adalah sesuatu yang malang apabila mereka yang melakukan perbuatan kejam ini mengaku diri mereka mewakili Islam, sedangkan agama Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan kekejaman sesama manusia apa tah lagi membunuh mereka yang tidak berdosa.
Allah melarang sama sekali umat Islam membunuh mereka yang tidak berdosa atas apa juga alasan, justeru itu sebagai umat Islam yang taat, sudah pastilah kita merasa kecewa apabila saban hari kita sering mendengar peristiwa bagaimana mereka yang mengaku Islam menyembelih seorang demi seorang tebusan mereka semata-mata kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Kelompok ini tidak berhak mengaku diri mereka pejuang Islam kerana apa yang mereka lakukan bertentangan dengan apa yang diperintah oleh Allah dalam al Quran. Semua ini terjadi kerana mereka sudah taksub kepada pemimpin atau ulama yang berjaya meracuni pemikiran mereka supaya mempercayai kekejaman yang dilakukan walaupun di luar batas kemanusiaan adalah satu jihad.
Mereka yang bersikap seumpama itu sudah pasti akan menerima pembalasan sewajarnya di Akhirat kelak. Masalah jihad turut ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Hajj ayat 39 hingga 40 yang bermaksud; Diizinkan bagi orang-orang yang diperangi (untuk berperang) kerana mereka dianiaya. Dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa menolong mereka. Iaitu orang-orang yang diusir dari negeri mereka tanpa (alasan) yang benar, hanya kerana mereka berkata, ``Tuhan kami adalah Allah.''
Dan kalau tidak kerana perlindungan Allah kepada manusia antara sebahagian mereka dengan sebahagian lain, nescaya diruntuhkan biara-biara, gereja-gereja dan masjid-masjid yang banyak disebut nama Allah di dalamnya. Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolongNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat Lagi Maha Perkasa.'' Peringatan ini sudah jelas disebut oleh Allah dalam al-Quran, oleh itu bagi golongan yang kononnya berjuang untuk Islam mereka sudah pasti memahami erti ayat ini.
Kesudahannya tercemarlah imej Islam, agama Islam kini tidaklah lagi dilihat sebagai agama yang cinta kedamaian dan ketenangan serta menggalakkan persaudaraan tetapi lebih dekat dikaitkan dengan keganasan. Mungkin tulisan ini tidak akan dibaca oleh kelompok yang terlibat tetapi sekurang-kurangnya ia memberi peringatan kepada umat Islam di negara ini bahawa fahamilah erti jihad sebenar yang berlandaskan kepada al-Quran dan hadis, bukannya akibat dipengaruhi tafsiran sempit oleh mana-mana pihak.
Antara kebenaran dan dusta
Suatu hari ketika Sayyidina 'Ali sedang berada dalam pertempuran di mana pedang musuhnya patah dan orangnya terjatuh lalu Sayyidina 'Ali berdiri di atas musuhnya itu sambil meletakkan pedangnya ke arah dada orang itu,dia berkata: "Jika pedangmu berada di tanganmu, maka aku akan meneruskankan pertempuran ini, tetapi kerana pedangmu patah maka aku tidak boleh menyerangmu."
"Kalau aku punya pedang saat ini, aku akan memutuskan tangan-tanganmu dan kaki-kakimu," orang itu berteriak balik.
"Baiklah jika begitu," jawab Sayyidina 'Ali lalu beliau menyerahkan pedangnya ke tangan orang itu.
"Apa yang sedang kamu lakukan", tanya orang itu kebingungan. "Bukankah saya ini musuhmu?"
Sayyidina Ali memandang tepat di matanya dan berkata, "Kamu bersumpah kalau memiliki sebuah pedang di tanganmu, maka kamu akan membunuhku. Sekarang kamu telah memiliki pedangku, kerana itu maralah dan seranglah aku". Tetapi orang itu tidak mampu.
"Itulah kebodohanmu dan kesombongan berkata-kata," jelas Sayyidina 'Ali. "Di dalam agama Allah tidak ada perkelahian atau permusuhan antara kamu dan aku. Kita bersaudara. Perang yang sebenarnya adalah antara kebenaran dan kekurangan kebijaksanaanmu. Iaitu antara kebenaran dan dusta. Engkau dan aku sedang menyaksikan pertempuran itu. Engkau adalah saudaraku. Jika aku menyakitimu dalam keadaan seperti ini, maka aku mesti dipertanggungjawabkan tentangnya pada hari kiamat nanti. Allah akan menyoalkan hal ini kepadaku."
"Inikah cara Islam?" Orang itu bertanya.
"Ya," jawab Sayyidina 'Ali, "Ini adalah firman Allah, yang Maha Kuasa dan Bijaksana"
Dengan segera, orang itu bersujud di kaki Sayyidina 'Ali dan memohon, "Ajarkan aku syahadat."
Lantas Sayyidina 'Ali pun mengajarkannya, "Tiada tuhan melainkan Allah. Tiada yang ada selain Engkau, ya Allah."
Hal yang sama terjadi pada pertempuran berikutnya apabila Sayyidina 'Ali menjatuhkan lawannya lalu meletakkan kakinya di atas dada orang itu dan menghunuskankan pedangnya ke leher orang itu. Tetapi sekali lagi beliau tidak membunuh orang itu.
"Mengapa kamu tidak membunuh aku?" Orang itu berteriak dengan marah. "Aku adalah musuhmu. Mengapa kamu hanya berdiri saja?" Dan dia meludahi muka Sayyidina 'Ali.
Pada mulanya Sayyidina 'Ali merasa marah tetapi kemudiannya beliau mengangkat kakinya dari dada orang itu dan menarik pedangnya. "Aku bukan musuhmu", Sayyidina Ali menjawab. "Musuh yang sebenarnya adalah sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita. Engkau adalah saudaraku, tetapi engkau meludahi mukaku. Ketika engkau meludahi aku, aku menjadi marah dan keangkuhan datang kepadaku. Jika aku membunuhmu dalam keadaan seperti itu, maka aku akan menjadi seorang yang berdosa, seorang pembunuh. Aku akan menjadi seperti semua orang yang aku lawan. Perbuatan buruk itu akan terakam atas namaku. Itulah sebabnya aku tidak membunuhmu."
"Kalau begitu tidak ada pertempuran antara kau dan aku?" orang itu bertanya.
"Tidak. Pertempuran adalah antara kearifan dan kesombongan. Antara kebenaran dan kepalsuan". Sayyidina 'Ali menjelaskan kepadanya. "Meskipun engkau telah meludahiku, dan mendesakku untuk membunuhmu, aku tak boleh."
"Dari mana datangnya ketentuan semacam itu?"
"Itulah ketentuan Allah. Itulah Islam."
Dengan segera orang itu tersungkur di kaki Sayyidina 'Ali dan dia juga diajar mengucap dua kalimah syahadah
TINGGALKAN SOLAT - FIKIR2 LA SENDIRI~~~
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S.
Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan....dll
Begini kisahnya... Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , tetapi dia tidak ada zuriat. Lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "Kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."
Dengan kuasa Allah, isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila sudah dapat anak, lelaki ini pun runsinglah... Dia sudah nazar hendak minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yg turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tidak perlu buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang dapat anak itu, dengan susah hatinya, pun pergilah bertemu dengan Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tidak payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. Lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...
Lihat.. Betapa hinanya org yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumah dia, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..
Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sebab kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. Anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..
Tak tergamakkan? Tapi..Lain pulak halnya dengan kita ini.. Pagi, petang.. Mamak!! Teh tarik satu, roti canai satu.. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat.. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelap lah hati kita.. Sebab itu liat nak buat kerja2 yang baik. Beware apa yang kita makan... Betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&untuk umat Islam) ,
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu."
Jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dari segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak...
Kekasih dalam saku
Marilah bersama kita menghayati sebuah puisi yang menyayat di hati seorang mujahid bernama Yasir Abu Ghusy.
Yasir Abu Ghusy,
Mujahid generasi intifada Palestin,
Usia belasan tahun,
Tidak memiliki potensi,
Berperwatakan manusia biasa.
Tetapi Sang Zionis pusing kepala,
Bagaimanakah sejumlah 500 orang belia,
Berkumpul sekelip mata,
Oleh sebuah isyarat,
Digerakkan anak muda ini?
Sudah! Sudah! Sudah! Sudah!
Sudah! Sudah! Sudah! Sudah!
Rumahnya diserbu,
Tetapi dia dapat membebaskan diri.
Dia cukup sedar,
Menjadi orang buruan
Polis, tentera dan perisik
Ketika dalam perjalanan menemui sahabat,
3 buah kereta rondaan mengepungnya,
Mereka boleh mendekati atau menyerkup,
Tetapi mereka bimbang dan pengecut,
Lantas dihujani ratusan peluru,
Yasir Abu Ghusy pun gugur,
Bersatu bersama barisan syuhada.
Tubuhnya digolek dan diperiksa,
Untuk mencari suatu dokumen,
Yang ditemui hanya selembar kertas,
Dari sakunya,
Bertulis dengan tangan sendiri,