Showing posts with label RUANGAN MUSLIMAT. Show all posts
Showing posts with label RUANGAN MUSLIMAT. Show all posts

Friday, November 13, 2009

AURAT WANITA


AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

wallahua'lam

RUANG UTAMA MUSLIMAT BERPERANAN ?


Oleh : Hasiah Ali

1. Institusi Rumahtangga dan Keluarga

Firman Allah taala:

Maksudnya; "Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripda jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu dari isteri kamu itu anak, cucu dan memberi rezeki dari yang baik".

(AnNahl 16: ayat 72)

Muslimat adalah sebagai tunggak institusi keluarga Islam. Muslimat adalah tiang institusi keluarga Islam yang paling kukuh dan mantap. Dari hubungan suami isteri hingga terlahirlah anak-anak yang terdidik atas dasar iman dan taqwa kepada ALlah lalu membentuk sebuah masyarakat. Muslimat adalah kenikmatan yang paling utama bagi suaminya. Muslimat adalah guru yang terawal dalam pendidikan anak-anak. Muslimat yang sedar juga, tidak akan melupai kebaktiannya kepada kedua ibubapa walaupun telah menempuh gerbang perkahwinan.

Untuk hidup berkeluarga bukanlah suatu proses tuntutan adat semata-mata, tetapi

ianya adalah amanah ALLah bagi menghayati rumahtangga yang dibina itu terjamin keharmoniannya berdasarkan tiga asas utama:-

i) Berasaskan taqwa kepada ALlah

Iaitu membina sebuah rumahtangga yang tetap berasaskan kepada ikatan suci yang tidak hanya berdasarkan kepada hubungan syahwat sahaja, tetapi lebih daripada itu ialah ikatan perhubungan jiwa.

Firman ALlah taala;

Maksudnya: Mereka (isteri-isteri) itu adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah

pakaian bagi mereka.

(AlBaqarah 2: ayat 187)

Menurut ahli tafsir, makna pakaian adalah sesuatu yang melindungi manusia daripada kesejukan , kepanasan atau terdedah. Maka demikianlah di antara suami isteri kedua-duanya adalah saling lindung-melindungi daripada sebarang perkara yang bercanggah dengan taqwa. Berasaskan taqwa, suami isteri digalakkan mendapat zuriat dan seterusnya wajib pula memberi pendidikan kepada anak. Dalam mendidik anak-anak yang bakal menjadi generasi yang beriman dan beramal soleh serta menghayati Islam, muslimat perlu kepada ilmu pengetahuan yang menjadi alat kepada pencapaian matlamat tersebut.

ii) Pergaulan yang Baik

Firman ALLah taala:

Maksudnya : "Dan dianatar tanda-tanda kebesaran ALlah ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir".

(ArRum 30 : ayat 21)

Pergaulan yang baik di antara suami isteri, ibu bapa dan anak-anak melahirkan rasa tanggungjawab bersama dalam mengendalikan apa-apa berhubung dengan masyarakat dan keluarga.

Hasil dari hubungan kasih sayang di antara suami isteri serta ibubapa dengan anak-anak dapat mengealkkan suami isteri terjerumus kepada perkara-perkara yang keji atau maksiat seperti zina , mabuk dan sebagainyam, begitu juga anak-anak yang mendapat kasih-sayang sepenuhnya dari ibu-bapa dapat membentuk anak-anak yang berhemah tinggi dan menghormati kedua ibubapa serta golongan tua.

iii) Tanggungjawab Bersama

Firman ALLah taala:

Maksudnya: " Barangsiapa yang mengerjakan 'amal solih baik lelaki ataupun

perempuan sedang ia orang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka itu

tidak diabaikan walau sedikitpun".

(AlGhafir 40 : ayat 40)

Suami dan Isteri mempunyai tanggungjawab bersama dalam mengendalikan pengurusan dan pentadbiran rumahtangga untuk menuju kepada pembentukan rumahtangga dan keluarga bahagia dalam ruang lingkup yang sesuai dengan sifat semulajadi bagi lelaki dan perempuan.Isteri mempunyai hak dalam menentukan maslahat rumahtangga. Kerana itulah penting wujudnya perasaan tanggungjawab bersama di antara suami isteri kerana ianya ada hubungan secara langsung dengan pendidikan anak-anak yang bakal menganggotai masyarakat dan menerajui negara.

2. Muslimat dan Masyarakat

Tanggungjawab membangunkan masyarakat supaya menghayati Islam menjadi tanggungjawab bersama mu'min dan mu'minah. Muslimat menjadi tenaga pembantu muslimin dalam kerja-kerja amar ma'ruf nahi mungkar serta menyebarkan da'wah Islamiyyah. Justeru itu, beberapa ciri-ciri penting yang perlu ada pada setiap muslimat iaitu:-

i) Keislaman dan Keimanan yang Teguh dan Jelas.

Penglibatan lahiriah dalam Islam adalah jelas daripada kepercayaan yang teguh terhadap rukun iman dan konsep hidup Islam serta keyakinan sepenuhnya terhadap kekuasaan mutlak ALlah swt. ALLah adalah pemberi rezeki dan penentu keadaan sama ada bencana atau kebaikan. Muslimat tidak pula bersikap angkuh atau berpura-pura dalam segala hal.

ii) Berilmu

Muslimat hendaklah memenuhkan jiwanya dengan ilmu pengetahuan kerana ilmu

pengetahuan sebagai alat yang boleh membina diri muslimat dan juga masyarakat. Tokoh cendekiawan muslimat seperti 'Aisyah isteri Rasulullah saw mahir dalam bidang ilmu Hadith, Fatimah Al-Zahra' puteri Rasulullah saw mahir dalam ilmu Fiqh dan Siti Zubaidah isteri Harun ArRasyid yang mencadangkan pembinaan empangan Ain Zubaidah di Mekah.

iii) Beristiqamah dan Sabar

Teguh pendirian di dalam mematuhi ajaran Islam serta sabar dalam mengharungi cabaran hidup, tidak mudah tertarik dengan fitnah dunia dewasa ini. Begitu juga keadaanya bila berharakah, displin dan tatatertib perlu sentiasa diamalkan supaya dapat menjayakan program dan gerakan Islam.

iv) Sedia Berkorban

SayyidatinaKhadijah isteri Rasulullah saw mengorbankan segala apa yang ada padanya baik harta, masa, malah dirinya demi perjuangan suaminya dalam menyelamatkan umat daripada kesesatan kepada petunjuk seterusnya membinan pembangunan umat dan negara Islam.

v) Sentiasa Melatih Rohani Untuk Kusyu' Kepada ALLah

Menerusi ibadat-ibadat wajib dan sunat yang dilakukan seperti sembahyang dan puasa dapat menundukkan keinginan nafsu yang tidak terbatas. Menerusi ibadat yang dilakukan juga dapat menanam dan menguatkan pemikiran.

3. Muslimat dan Negara

Muslimat berperanan ke arah pembentukan negara Islam sebagai contoh, dalam negara yang mengamalkan demokarasi kuasa memilih terletak di tangan rakyat. Maka menjadi tanggungjawab muslimat menyertai sistem politik pilihanraya serta menyedarkan anggotanya betapa penting unti rakyat untuk menentukan ketua negara dan sistem pemerintahannya.


UPDATED BY: sayyidatunnaqibah88