Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua:
Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.
Ketiga:
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman
Keenam:
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.
Kelapan :
Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT
Kesembilan :
Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati
Kesepuluh :
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.
Wallahua'lam
insyaAllah.... semoga amalan ini dapat kita laksanakan dengan sebaiknya... seandainya kesemua ini kita tidak dapat lakukan, tp pastikan yang salah satunya itu dapat kita lakukan, apabila sudah istiqamah, maka laksanakan amalan yang lain pula...
ReplyDeleteBenar kata-kata dlm blog ini..saya suka membaca blog ini.
ReplyDelete