Sunday, December 11, 2011

Turning Point

Assalamualaikum wbt.
Ketika awal-awal bulan saya di sini, saya banyak bertemu dengan senior yang “memeluk” Islam setelah sekian lama berada dalam jahiliyah. Saya berasa pelik;
Wah, ramai ye berubah sejak datang ke sini” detik hati saya.
Tidak dapat tidak, perasaan ingin tahu saya menyala-nyala, lantas setiap kali bertemu kakak-kakak yang kembali ke pangkal jalan, jika dirasakan sudah cukup rapat, saya akan bertanya;
Akak, kenapa akak berubah ye? Sejak bila? Apa turning point hidup akak?” Soalan seorang budak yang ingin tahu.
Jawapan yang saya terima pelbagai. Bermacam-macam. Melihat perubahan mereka, saya mahu juga! Ketika awal-awal bulan pertama itu, saya mulakan proses mahu mencari kebaikan. Saya terfikir:
Apa agaknya akan jadi turning point hidup aku ye? Mesti ke kena ada 1 peristiwa yang macam tu? Kalau tiada adakah maksudnya aku tak boleh berubah?”
Saya tahu saya tidak boleh tunggu, kerana saya takut “turning point” itu tidak saya alami. Kerana itu, saya menghadiri semua kuliah agama yang ada, ceramah semua saya cuba untuk tunjuk muka. Saya pernah berusrah dengan 3 orang yang berlainan, dan setiap orang akan buat setiap minggu. Maksudnya, masa tahun pertama saya di UK, saya berusrah tiga kali seminggu. Saya dalam pemburuan mencari makna Islam.
Ya, banyak aktiviti keagamaan saya hadiri. Tetapi saya sendiri dapat merasakan sejujurnya hati saya tidak “basah”. Saya rasa sama sahaja pandangan saya terhadap Islam, tidak berubah. Saya masih tidak nampak di manakah Islam sebagai Ad-Deen itu. Saya masih tidak dapat menghayati Islam. Yang beza bila saya banyak menghadiri aktiviti agama, ilmu itu bertambah sedikit demi sedikit. Tetapi seperti saya katakan, tidak basah. Masih tidak dapat menghayati.
Allah memberi pada yang mencari.
Salah satu naqibah saya menjemput pergi ke Program Ini Sejarah Kita (ISK). Saya beri respon positif. Saya hadir dengan harapan yang sama saya letakkan pada setiap majlis ilmu yang saya hadir, semoga Allah melemparkan hidayah dalam hati saya.
Pagi itu, saya hadir, duduknya di tengah-tengah, agak hadapan. Mahu fokus yang penuh dan maksimum. Nama pun sejarah kita. Nah! Saya dihidangkan dengan sejarah Islam, sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi, sehinggalah zaman sekarang ini. Sejak Rasulullah SAW dilahirkan, berdakwah secara rahsia, terang-terangan. Baginda membina negara Islam pertama, lalu empayar Islam disambung dengan khalifah-khalifah unggul. Yang akhirnya tersungkur kerana Islam yang diamalkan tidak lagi Islam dalam hati yang disanjung.
Saya sedar juga. Wah. Selama ini saya ada tugas rupanya. Agar membantu menegakkan Islam kembali. Saudara di Palestin yang menderita, itu bukan omong kosong rupanya. Rupa-rupanya Palestin itu memang isu bersama. Rupa-rupanya Al-Aqsa itu memang harus direbutkan. Rupa-rupanya itu memang milik kita.
Itu semua memang berat untuk fikiran saya. Terasa satu pencerahan tentang satu isu besar tentang kehidupan yang selama ini hanya dianggap sebagai isu sebelah mata.
Tapi bukan itu saja. Saya ceritakan zaman jahiliyah saya bukan mahu membuka aib sendiri. Tetapi saya hanya mahu berkongsi. Malaysia sekarang dilanda arus hiburan dari Korea tidak kira perempuan mahu pun lelaki. Malangnya saya tidak terkecuali. Ketika itu saya bangga saya tahu semua berita mengenai hiburan Korea. Saya fikir, alah sembahyang juga, datang usrah juga. Oklah ni, hiburan sikit apa salahnya. Saya bangga kalau sebut apa-apa, saya sudah tahu dahulu. Boleh kira saya berada di saf hadapan (haha!). Tetapi! Semasa ISK. Ada video pendek. Dimainkan di hadapan saya. Pertengahan video itu, ada tulisan “berhala zaman moden” dengan gambar-gambar yang dimaksudkan berhala ialah artis-artis kegemaran saya. Tersentap saya seketika. Saya diam. Saya sudah tidak peduli isi video yang selepas itu. Otak saya ligat berfikir. Berhala? Korea? Saya selama ini menyembah mereka tanpa saya sedari! Saya diam. Sesi-sesi selepas itu, saya tahu dalam program ini ada sesuatu. Saya tambah fokus saya. Terus bertanya apa yang akal saya tidak dapat mencerna.
Perjalanan balik dari ISK, saya merasakan satu perasaan yang kompleks. Saya berasa diperhatikan. Saya rasa ada “sesuatu” yang melihat, dan saya tahu yang melihat itu ialah Allah. Saya rasa concsious dengan “sesuatu” yang melihat saya itu. Tiba-tiba sahaja benda ini terjadi. Ketika itu, saya rasa vulnerable. Saya rasa lemah. Saya rasa bila-bila masa saya boleh mati jika Dia mahu. Saya rasa kaki saya sangat tidak berdaya untuk melangkah. Saya rasa langit yang besar itu tiba-tiba boleh runtuh dan menghempap saya. Saya terbayang ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang hari kiamat, neraka dan azabnya, yang selama ini tidak dapat saya hayati, saya rasakan ayat-ayat itu sesak mengasak dada. Sukar bernafas. Itu semua terjadi dalam perjalanan balik.
Balik ke dalam bilik, saya tenangkan hati. Saya fikir, “Wah hebat betul penangan ISK tadi”. Saya fikir perasaan ini akan reda. Sebab saya pernah juga merasa insaf tiba-tiba, tetapi bukan dalam magnitude sebegini.
Saya silap. Seminggu perasaan saya kacau bilau. Sejak itu, bila saya berjalan, saya berjalan cepat, akan lari masuk ke dalam bangunan. Kerana saya takut langit akan menghempap saya bila Dia mahu. Tetapi bila saya masuk ke dalam bangunan, saya tidak boleh duduk diam. Saya rasa bangunan itu boleh runtuh. Satu benda lain terjadi. Dulu saya duduk di Opal 2. Kiblat saya menghadap tingkap. Dan langsir memang saya selalu biarkan terbuka. Sejak saya balik dari ISK, kalau mahu solat saya kena duduk dulu 5 minit tenangkan hati, sebab kalau tidak, semasa solat kaki saya akan longlai sendiri, dan saya jatuh. Kenapa? Sebab sembahyang saya menghadap langit yang luas itu. Terutamanya malam. Saya rasa saya berhadapan betul-betul dengan yang Maha Kuasa itu. Saya rasa malaikat-malaikat semua memandang saya. Saya sangat merasakan Allah melihat saya.
Akhirnya, keadaan menjadi lebih teruk. Saya takut mahu keluar bilik. Perasaan ini terlalu berat untuk saya tanggung. Akhirnya, saya tak tahan lagi, saya bertemu salah satu naqibah saya untuk bercerita. Nampak saja mukanya air mata saya berderai. Saya ceritakan padanya. Perihal langit mahu menghempap saya. Perihal di kala solat kaki saya longlai tidak boleh berdiri. Perihal saya tiba-tiba merasakan semua ini. Perihal saya tidak peduli lagi hal-hal yang lain, yang hanya saya terfikir, kiamat, neraka, azab dan mati.
Naqibah saya. Saya speechless. Saya sangat bersyukur diberi kesempatan untuk berusrah dengannya. Dalam ketiga-tiga usrah yang saya hadiri, usrah dengannya paling menyentuh hati. Dalam pertemuan itu, dia berkata, ketakutan yang saya rasa itu, adalah ketakutan kepada Allah. Itu sepatutnya memang kita kena rasakan. Tetapi dalam masa yang sama, harapkan keampunan dariNya. Percaya Dia itu penyayang, pengampun. Perasaan itu sepatutnya diuruskan seperti apa yang diajarkanNya. Ada khauf dan raja’. Ada takut dan mengharap. Penyelesaiannya bukan lari. Tetapi taubat.
Perjalanan balik. Saya mendongak melihat langit. Saya bersyukur. Saya lega. Saya faham sekarang. Saya rasa seperti satu kelubung hitam yang selama ini menutupi 20 tahun kehidupan saya, telah diangkat. Saya rasa satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan. Saya rasa “Islam”. Satu demi satu ilmu yang selama ini saya katakan saya tidak faham dan tidak dapat hayati, satu persatu saya terbayang dalam kepala, satu persatu semua menjadi jelas dan sempurna. Sempurna setelah saya faham Islam. Benarlah, tahu dan faham itu lain. Tahu Allah itu Maha Besar, tidak sama dengan faham Allah itu Maha Besar.
Hanya kesyukuran dapat saya panjatkan, setelah Allah beri kefahaman Islam.
Oh cerita berhala tak habis lagi. Alhamdulillah, berhala-berhala itu semua sudah lama saya tinggalkan. Korea? Saya tidak minat, saya tidak tahu. Malahan jelik mendengarnya.
Kesimpulan.
Saya bukanlah mahu berkata jalan saya ini harus atau akan ditempuhi semua orang. Tetapi hidayah Allah itu perlu dicari. Bayangkan jika kita mahu ke Kota Marudu. Mahu menumpang kereta, tetapi berdiri di jalan yang arahnya ke Lawas. Sampai bila tiada yang mahu menumpangkan. Mahu mencari hidayah, cari di tempat yang betul. Cari di majlis ilmu. Jangan cari di tempat maksiat bercampur gaul lelaki perempuan dengan bebasnya tanpa batasan.
Saya tidak katakan semua orang akan berjumpa turning point ini. Saya sendiri tidak tahu adakah semua orang akan mengalaminya. Satu tahap di mana kita sendiri menyanjung tinggi Allah di dalam hati. Saya tidak katakan juga anda akan bertemu hidayah di ISK seperti saya, itu rezeki saya, yang Allah susunkan untuk saya. Yang saya boleh cakap hanyalah, harap, harap dan sentiasa berharap yang Allah akan beri kita hidayah, tidak kiralah dalam apa jua keadaan. Oleh itu jika ada aktiviti keagamaan, lapangkan waktu dan beri kesempatan. Setiap kali ke majlis ilmu, lapangkan dada selapang-lapangnya. Terima ilmu itu, cuba untuk faham dan fokus. Kita tidak tahu bagaimana Allah mahu memberi hidayah.
“Hidayah itu umpama bilik yang tertutup, kita harus berusaha untuk membuka. Hidayah juga seperti air hujan, yang jika kita mahukan perlu ditadah bukan hanya termengadah”
Namun, kita juga harus berdoa, agar hidayah yang diberi Allah itu, tidak ditarik semula. Sebab itu doa kita harus bergandingan.
“Ya Allah, Kau berikanlah aku taufiq dan hidayah”
“Ya Allah, kau berikanlah aku petunjuk dan kekuatan”
Doa agar diberi kekuatan untuk terus tsabat atas jalanNya. Dan doa juga agar Dia tidak menarik kembali hidayah yang telah Dia campak ke dalam hati kita.
Banyak benda kita harus berdoa. Doa itu senjata orang mukmin.
Wallahualam bissawab.
* diedit dr sebuah blog..=)

Tuesday, September 27, 2011

Jika Cinta, Apa Buktinya?

Ya, kita ‘tahu’ kita perlu mencintai Allah SWT. Tapi adakah kita ‘faham’ dan ‘jelas’ samada kita sudahpun mencintai Allah SWT ataupun belum? Apakah bukti kita mencintai Allah SWT? Mari ikuti ‘checklist’ berikut untuk mengenalpasti sejauh mana kita meletakkan Allah SWT menempati cinta paling utama di hati kita.

1. Segera Menyahut Call Daripada-Nya.
“Allahu akbar! Allahu akbar!” Allah SWT memanggil. Tika itu kita sedang asyik menonton rancangan kegemaran. Apa selalunya reaksi kita pada panggilan-Nya?

“Di atas nama cinta pada yang selayaknya…kunafikan yang fana…” Melodi handphone pula berirama. Tika itu kita sedang sibuk studi sebab esok final exam. Kita tangguhkan atau kita segera mengangkatnya? 
Bukti cinta, letakkanlah Kekasih Agung sebagai prioriti. Letakkan keinginan kita sama dengan keinginan Kekasih, tidak bertentangan. Jika Allah SWT ingin berjumpa, tunjukkanlah kita juga ingin berjumpa Allah SWT. Malah, apa yang kita inginkan pun ditanya kepada Allah, bukan berasal daripada diri kita sendiri.Misalnya, keinginan memilih pakaian. Wajarkah orang yang cinta kepada Allah SWT berkata begini: “Aku tak nak pakai tudung ke, nak pakai jeans ke, tak pakai apa-apa ke, suka hati akulah.” Sudahkah ditanya kepada Allah SWT, pakaian bagaimanakah yang Allah SWT suka? Jika Allah SWT diletakkan sebagai kekasih, tentulah kesukaan-Nya yang akan kita utamakan.

Orang yang egois, suka dirinya disanjung dan dipuja tapi tidak suka menyanjung dan memuja. Dia mahukan Allah SWT mengikuti keinginannya tetapi dia tak suka mengikuti keinginan Allah SWT, enggan melakukan apa yang Allah suruh. Benarkah kita cinta kepada Allah SWT tatkala kita memaksa Dia memakbulkan doa-doa kita sedangkan hidup seharian kita asyik bergelumang dosa tanpa taubat?

2.  Memberi Perhatian Kepada SMS dan Email Daripada Allah.
Kecintaan Rasulullah SAW dan para sahabat nampak jelas buktinya apabila mereka sangat cintakan al-Quran. Al-Quran itulah SMS dan Email daripada Allah SWT supaya kita perhatikan selalu.
Generasi awal membudayakan al-Quran dalam hidup seharian. Apabila saling bertemu, mereka suka minta dibacakan al-Quran untuknya.

Rasulullah SAW pernah meminta Ibnu Abbas membacakan al-Quran untuknya. Kata baginda,  “Bacakan al-Quran kepadaku.”

Ibnu Abbas lalu membaca sehingga ke surah An-Nisa’:  ayat 41. Rasulullah SAW minta dicukupkan kerana tidak tahan menanggung air mata sebak. (Rujuk HR BukhariMuslim).

Suatu malam, Rasulullah SAW melewati rumah Abu Musa al-Asya’ri yang sedang membaca al-Quran dalam solat malam, Rasulullah terus terpegun dan menangis. (HR BukhariMuslim).

Suatu saat Abu Musa al-Asya’ri datang kepada Umar. Umar berkata, ”Ingatkan kami kepada Tuhan kami.” Lalu al-Quran dibacakan. Umarpun menangis.
            
Jadi, jika benar kita cintakan Allah, cintailah juga kalam-Nya. Ajaklah kawan-kawan kita membudayakan al-Quran. Biar al-Quran menjadi perbualan harian dan mimpi malam kita. Jadikan kerinduan menatap al-Quran lebih mendalam daripada kerinduan menatap sms, email dan facebook.

3. Memandang MMS-Nya Selalu.

Memandang MMS Allah? Aik, macam mana tu? Ya, kita tidak dapat memandang zat Allah yang Maha Tinggi di dunia. Namun, kita masih boleh memandang ‘kebesaran-Nya’.

Allah SWT sudah hantar MMS pada kita. Lihatlah pesona alam yang menghijau, lihatlah gumpalan awan yang memukau, lihatlah gelora laut yang membiru dan lihatlah kehidupan yang penuh ranjau. Semuanya membentangkan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Penyayang. Semakin direnung, semakin diri terasa kerdil. Tatkala diri terasa kerdil, akan timbul rasa pergantungan pada Yang Maha Besar. Tika rasa ingin memandang-Nya makin kerap menjengah hati, ia suatu bukti kita semakin cinta kepada Ilahi.

4. Malu-malu Saat Dating dengan-Nya.

Anda pernah bertembung mata dengan seseorang yang dikagumi agama dan akhlaknya? Rasa malu tak? Biasanya, hanya terdaya memandang sepintas lalu sahaja.

Anda pernah dirisik atau bertunang? Bagaimana perasaan saat direnung bakal ibu mertua?  Hmm, rasa ingin tunduk sampai mencium lantai, kan?

 Bagaimana pula saat berhadapan dengan ‘orang besar’ atau Raja? Sanggupkah kita membiarkan mata melilau ke mana sahaja? Sudah tentu kita memfokuskan perhatian kepadanya dengan kepala yang sedikit menunduk. Betul tak? Kenapa? Kerana dorongan rasa malu dan kerana kita meletakkan mulia pada kedudukan orang yang memandang kita itu. Allah SWT pernah memuji kesempurnaan adab kekasih-Nya, Muhammad SAW pada malam israk mi’raj. 

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Penglihatanya (Muhammad) tidak berpaling (fokus) dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya (tidak memandang dengan tajam).” (An-Najm: 17).

Bukankah saat solat itu adalah saat kita dating malah kadang kala itulah saat kita berkhalwat dengan Allah SWT? Jika benar kita cintakan Allah SWT, buktikan dengan menjaga adab memandang di dalam solat. Rasulullah SAW melarang kita solat sambil memandang ke atas. Berdiri di hadapan Allah SWT, kita mestilah berdiri tegap, menundukkan kepala dan memfokuskan pandangan ke tempat sujud. Hakikatnya, Allah SWT bukan sahaja memandang kita di dalam solat, bahkan setiap saat. Sama-samalah kita menjaga rasa malu pada-Nya sebagai bukti kita cintakan Dia.

5. Sentiasa rindu dan ingat pada -Nya.

Wujudkah cinta tanpa rindu? Jika benar kita mencintai Allah SWT sebagai cinta agung, Dialah yang sepatutnya paling kita rindui. Bagaimana merindui suatu yang kita tidak tahu zat-Nya? Bersabar dan berharaplah saat-saat indah dapat menatap wajah-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Barangsiapa rindu dan berharap pertemuan dengan Allah,
maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang.” (Al-Ankabut: 5).

Rindu pada Allah SWT terubat seketika apabila kita menghadiri majlis ilmu yang mentauhidkan Allah SWT. Rindu pada Allah SWT juga terbias pada rindukan al-Quran, rindukan tahajjud, rindukan orang-orang soleh dan rindukan kebenaran.

6. Banyak Menyebut-nyebut Nama-Nya.

Apakah topik perbualan harian kita dengan kawan-kawan? Soal artis? Soal drama TV? Soal pelajaran? Soal si dia?
Kalau kita cintakan Allah SWT, apa kata,  kita sama-sama jadikan Allah SWT sebagai perbualan harian. Ingin berbicara topik apa sahaja, pastikan Allah tidak lekang di bibir dan dikaitkan bersama. Mudah sahaja, contohnya:

“Alhamdulillah, Allah izin saya dapat juga A- dalam subjek ni.”
“Dia sedang mengumpat saya! Tak mengapalah, Allah ada. Allah akan bela saya.”
Selalunya, dalam kesusahan, atau tika ditimpa bahaya sahaja, orang mudah kembali ingat pada Allah SWT. Beruntunglah orang yang sering mengingati Allah SWT di saat senang, nescaya Allah SWT akan mengingatinya di saat susah.

Ingatan pada Allah SWT terzahir juga pada banyaknya zikir. Ada 4 tingkat zikir menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:
1) Tertinggi: Berzikir dengan lidah dan hati yang sama-sama merasai. Hati lebih-lebih lagi menikmati.
2) Berzikir dengan lidah dan hati tapi tidak merasai.
3) Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.
4) Berzikir dengan lidah sahaja, hatinya lalai.

Samada zikir kita di tingkat pertama atau keempat, Allah SWT tidak akan mempersiakan setiap zikir hamba-Nya ini melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah SWT menghargai setiap rindu dan ingatan kita pada-Nya. Adakah kita juga menghargai Dia?

7.Bersabar dengan Ujian Allah

Lumrah cinta akan ada ujian. Ujian itu bagi mengenalpasti setakat mana dalamnya cinta. Kadangkala kita melalui beratnya ujian, tidak tertanggung rasanya. Ketahuilah, seberat manapun ujian kita, kita tidak pernah diuji supaya menyembelih anak sendiri atau meninggalkan insan tercinta di padang sahara. Kita juga belum lagi diuji dengan lemparan batu, sanak-saudara memboikot dan membenci atau berperang menentang musuh.

Ujian-ujian yang besar ini menjadikan para Nabi istimewa di mata Ilahi. Jadi, kalau benar kita cinta pada-Nya, usah mengharapkan hidup tanpa ujian. Usah juga meminta-minta ujian yang lebih besar . Berdoalah agar diberi kekuatan menghadapi apa jua ujian dari-Nya. Dia lebih tahu ujian mana yang layak bagi kita. Apa yang perlu diingat, Allah SWT sengaja menguji kita untuk mengenal dan membuktikan siapa yang lebih mencintai Dia.

8.Mencintai Segala Sesuatu yang Berkait dengan Allah.
Jika sudah terpikat, melihat atap kolej si diapun sudah mengubat. Apa-apa sahaja yang ada kaitan dengannya memberi rasa debaran di dada. Malah, perkara yang ada kaitan itupun terasa istimewa. Begitulah lumrah cinta.

Apakah pula bukti kita terpikat pada cinta Allah SWT?  Sudah tentu apabila kita mencintai sesuatu yang ada kaitan dengan-Nya, itu bukti kita ingin lebih akrab dengan-Nya. Contohnya kerinduan muslim kepada Kaabah kerana Kaabah adalah baitullah (Rumah Allah). Maka, Kaabah juga dirasakan istimewa. Itu suatu bukti cinta.

Jika masih belum mampu meluah rindu di Kaabah, manfaatkan rumah-rumah Allah yang berhampiran kita. Jangan biarkan masjid dan surau sunyi tanpa kunjungan para pencinta. Buktikanlah cinta kita pada-Nya.

9.Luapan Perasaan Luar Biasa Saat Berhubungan dengan Allah. (Khusyuk).

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sungguh, orang-orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, bila dibacakan ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakkal.”(Al-anfal:2).

Mendapat khusyuk amat sukar. Namun kita masih mampu berusaha mendapatkannya. Semoga amalan kita tika ini lebih baik daripada yang tadi. Sentiasa lakukan yang lebih baik untuk mencapai yang terbaik.

10. Cemburu

Cemburu dan cinta tidak dapat dipisahkan. Tanda cinta kepada Allah SWT, kita akan cemburu apabila ada orang yang lebih mencintai kekasih kita hingga kekasih kita juga lebih cinta kepadanya. Ianya cemburu yang positif bukan cemburu yang dibiarkan bertukar menjadi fitnah.

Cemburulah kepada orang yang lebih berilmu, ulama’, dan orang yang lebih banyak beramal. Bukan cemburu kosong tapi dalam rangka untuk mencontohi mereka. Dalam solat pula, cemburulah kepada orang yang solatnya lebih awal waktu, dapat berjemaah, dan solatnya lebih khusyuk kerana dia lebih mendapat perhatian Allah SWT ketika itu.

11. Berusaha keras meraih redha Allah.

Seterusnya, bukti kita mencintai Allah SWT ialah apabila kita sanggup melakukan apa sahaja demi menggapai redha Allah SWT. Ada 3 kondisi pencinta menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:

            1)Berat hati untuk mencintai namun dia memaksakan diri.
            2)Cinta makin menguat dan dia patuh.
            3)Cinta menetap di hati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.

Cinta kita kepada Allah di tahap mana? Apapun tahapnya, mulai saat ini, buktikanlah kepada Allah SWT, kita sangat cinta pada-Nya. Jom!

Friday, July 22, 2011

Jom infaq

Apabila kamu terasa ingin melakukan sesuatu kebaikan, lakukanlah terus kebaikan tersebut, jangan melengah-lengahkannya walaupun seminit, kerana syaitan akan terus berusaha menghalang kamu daripada melakukan kebaikan tersebut melalui pelbagai jalannya.. Renung-renungkan, selamat beramal..=)

Saturday, July 9, 2011

Kisah Hanzalah

Hanzalah bertanya kepada Rasulullah,
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”

Lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali.

Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saiyidina Abu Bakar As Siddiq. Saiyidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar

“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”

“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”

“Aku telah menjadi munafik!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

Saiyidina Abu Bakar terkejut.

“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”

Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan.

Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.

Hati mereka gementar.

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.

“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”

Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”

Rasulullah tersenyum.

Lantas baginda bersabda,

“Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. HR. Muslim.



Friday, June 10, 2011

Amalkan Prinsip-prinsip Syura

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

          Alhamdulillah, kita semua masih berada dalam luasnya rahmat Allah S.W.T. InsyaAllah entri pada kali ini akan merungkaikan serba sedikits berkenaan dengan organisasi yang mana kita semua sedia maklum bahawa ia merupakan salah satu cabang kepada gerakan kerja secara berkumpulan atauwa jamaah. 

            Kerap kali kita lakukan mesyuarat, betul atau tidak? Ha, sudah pasti bermacam-macam perkara yang kita jumpa bila berada dalam sesi mesyuarat ni, dengan ragam ahlinya la, dengan idea-idea yang tidak disangka-sangka pun ada, dan yang senyap dari awal mesyuarat hinggalah tamatnya mesyuarat pun ada! Apa-apa pun, ambo nak tekankan sedikit di sini bahawa sebenarnya dalam sesebuah organisasi itu, mesyuarat adalah merupakan satu perkara yang sangat penting yang mana daripada mesyuaratlah kita semua bergabung tenaga dan fikiran untuk sama-sama memikirkan penyelesaian sesuatu masalah atauwa untuk merancang sesuatu gerak kerja supaya sesuatu program atau sebarang tindakan yang bakal kita lakukan dan laksanakan selepas ini pastinya dalam keadaan lancar, tersusun dan insyaAllah masih mengikut syariat agama kita yang tercinta iaitu Islamiddiinil haq. 


Apa itu mesyuarat (BM) / Musyawarah (Arab)? 



Al-Razi menyatakan, al-musywarah adalah al-syura, demikian juga al-masyurah. Asal kata musyawarah berasal dari kata (ش- و- ر) yang pada mulanya berarti mengeluarkan madu dari sarang lebah.Sedangkan kata (مشاورة) yang merupakan bentuk masdar dari kata kerja شاور- يشاور berarti meminta pendapat, meminta nasihat atau petunjuk. Sedangkan al-Mahally mengartikan mengeluarkan pendapat.
Secara istilah, Ibn al-’Arabi berkata, sebagian ulama berpendapat bahwa musyawarah adalah berkumpul untuk membicarakan suatu perkara agar masing-masing meminta pendapat yang lain dan mengeluarkan apa saja yang ada dalam dirinya.
Sedangkan al-Alusi menulis dalam kitabnya, bahwa al-Raghib berkata, musyawarah adalah mengeluarkan pendapat dengan mengembalikan sebagiannya pada sebagian yang lain, yakni menimbang satu pendapat dengan pendapat yang lain untuk mendapat satu pendapat yang disepakati.
Dengan demikian musyawarah adalah berkumpulnya manusia untuk membicarakan suatu perkara agar masing-masing mengeluarkan pendapatnya kemudian diambil pendapat yang disepakati bersama.
Musyawarah pada dasarnya hanya dapat digunakan untuk hal-hal yang baik, sejalan dengan makna dasarnya, yaitu mengeluarkan madu. Oleh karena itu unsur-unsur musyawarah yang harus dipenuhi adalah; a) Al-Haq; yang dimusyawarahkan adalah kebenaran, b) Al-’Adlu; dalam musyawarah mengandung nilai keadilan, c) Al-Hikmah; dalam musyawarah dilakukan dengan bijaksana.

Lecehlah nak mesyuarat ni, sibuk ni, banyak benda nak buat..boleh ke kalau tak payah buat?
Pernah jumpa tak, dalam mana-mana organisasi, sesuatu perkara itu diputuskan, atau ditetapkan tanpa berbincang melalui musyawarah dengan anggota organisasi yang lain? Ha, meh cni nak ghoyat sikit, musyawarah ni merupakan salah satu ibadah terpenting. Oleh sebab itu, masyarakat yang mengingkari atau mengabaikan musyawarah dapat dianggap sebagai masyarakat yang cacat dalam komitmen terhadap salah satu bentuk ibadah. Nak ke kita ini dianggap sebagai masyarakat yang cacat?

Mesyuarat dilaksanakan, tapi tidak melibatkan ahli-ahli yang lain yang sepatutnya ada dalam sesi musyawarah tersebut. Dalam erti kata lainnya, mesyuarat berdua atau bertiga je..Komen sikit..

Dalam musyawarah diperlukan beberapa anggota untuk memecahkan persoalah yang dihadapi. Dengan mengikutsertakan anggota-anggota masyarakat dalam permusyawaratan selain akan menambah idea demi kesempurnaan suatu pemecahan masalah atau suatu perkara, para peserta juga dapat melepaskan suatu yang terpendam dalam hatinya sehingga bebas dari ketidakpuasan dan sekaligus terciptanya rasa memiliki terhadap keputusan tersebut. Perasaan ini biasanya berlanjut pada pertanggungjawaban.
Dalam musyawarah tidak mudah melibatkan seluruh anggota masyarakat,tetapi keterlibatan mereka dapat diwujudkan melalui orang-orang tertentu yang mewakili mereka, yang oleh para pakar diistilahkan Ahl al-Hal wa al-’Aqd atauAhl al-Ijtihad atau Ahl al-Syura.
Al-Qurthubi dalam tafsirnya menyatakan, dalam urusan hukum agama seharusnya orang yang berilmu. Sedangkan dalam urusan dunia orang yang diajak musayawarah adalah orang yang berakal (mengerti dalam perkara yang dibicarakan).
Imam syafi’ie mengatakan, orang yang diajak musyawarah adalah orang yang berilmu dan juga dapat dipercaya.Oleh karenanya, tidak sepatutnya mengajak orang bodoh (tidak mengerti permasalahan) untuk musyawarah, karena tidak ada manfaatnya dan juga tidak mengajak orang yang berilmu tapi tidak dapat dipercaya, karena bisa saja dia malah menyesatkan. Rasulullah bersabda,
الْمُسْتَشَارُ مُؤْتَمَنٌ. (رواه أبو داود و صححه البانى)
“Yang diajak bermusyawarah (diminta pendapatnya) adalah orang yang dapat dipercaya.”

Kalau terdapat banyak percanggahan pendapat dalam masyuarat, macam mana? Pendapat yang mana yang didahulukan? Ke nak ikut pendapat majoriti?
Berikut merupakan 4 cara untuk membuat keputusan:-
  • Pendapat jenis pertama landasan pengambilan keputusannya adalah kekuatan dalil.
Dalam kes perjanjian hudaybiyah Rasulullah justru mengambil pendapat yang bertentangan dengan pendapat semua sahabat, bahkan Abu Bakr dan Umar.
Umar: “Abu Bakr, bukankah dia Rasulullah?”
Abu Bakr: “Ya, memang!”
Umar: “Bukankah kita ini Muslimin?”
Abu Bakr: “Ya, memang!”
Umar: “Kenapa kita mau direndahkan dalam soal agama kita?”
Abu Bakr: “Umar, duduklah di tempatmu. Aku bersaksi, bahwa dia Rasulullah.”

Setelah itu Umar kembali menemui Muhammad. Diulangnya pembicaraan itu kepada Muhammad dengan perasaan geram dan kesal. Tetapi hal ini tidak mengubah kesabaran dan keteguhan hati Nabi. Nabi berkata:

إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ وَلَسْتُ أَعْصِيهِ وَهُوَ نَاصِرِي

“Saya hamba Allah dan RasulNya. Saya takkan melanggar perintahNya, dan Dia tidak akan menyesatkan saya.” (HR Bukhari)
  • Pendapat jenis kedua dan ketiga landasan pengambilan keputusannya adalah ketepatan atau kesesuaian dengan fakta yg didefinisikan.
Dalam perang Badar, ketika Nabi dan kaum Muslim sama-sama singgah di sebuah tempat yang berdekatan dengan mata air di daerah Badar. Hubab bin al-Munzhir keberatan singgah (dan mendirikan pos) di tempat tersebut, lalu ia berkata kepada Rasul, ‘‘Wahai Rasulullah, apakah engkau telah menganggap bahwa tempat singgah ini telah diwahyukan oleh Allah kepadamu sehingga tidak ada hak bagi kami untuk mendahului maupun mundur darinya? Ataukah ini merupakan pendapat, peperangan dan tipu daya saja? Kemudian Rasul menjawab: ‘Ia merupakan pendapat, peperangan dan tipu daya’. Maka Hubab bin al-Munzhir berkata: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya ini bukanlah tempat singgah yang layak’. Kemudian dia menunjukkan suatu tempat. Rasulullah tidak lagi berdiam diri langsung berdiri bergegas bersama-sama dengan yang lain mengikuti pendapat Hubab bin al-Munzhir.’ (Shirah Nabawiyah Ibnu Hisyam  hal 598)

Dalam kes ini Rasul meninggalkan pendapatnya dan juga tidak kembali kepada pendapat para jama’ah (majoriti), melainkan mengikuti pendapat yang benar. Sehingga cukup pengambilan dari satu orang sesuai dengan persoalan yang disabdakan Rasul: Ia merupakan pendapat, peperangan dan tipu daya.

Dalam perang Ahzab (Khandaq/parit) Rasulullah saw bermusyawarah dengan Pemimpin Aus dan khazraj (Sa’ad bin Mu’adz dan Sa’ad bin Ubadah) tentang perdamaian yang akan Beliau lakukan dengan Bani Ghathafan untuk memecahkan kekuatan pasukan sekutu kafir Quraisy. Kedua sahabat itu berkata: ”Wahai Rasulullah, jika usulan itu datangnya dari langit (wahyu) maka laksanakanlah! Namun apabila usulan itu masih bisa di ubah dengan apa yang anda perintahkan, maka keputusan kami serahkan sepenuhnya kepada anda. Kami hanya bisa patuh dan melaksanakannya. Akan tetapi jika usulan tersebut hanya sekedar usulan yang masih mungkin untuk dimusyawarahkan lagi, maka pilihan kami hanyalah pedang (berperang)” Rasulullah bersabda: ”Jika memang Allah memerintahkan hal itu kepada diriku, pasti aku tidak akan mengajak kalian berdua untuk bermusyawarah” (Shirah Nabawiyah Ibnu Hisyam  hal 190)
  • Pendapat jenis keempat landasan pengambilan keputusannya adalah suara mayoritas.
Rasulullah bersabda kepada Abu Bakr dan Umar:

لَوْ اجْتَمَعْتُمَا فِي مَشُورَةٍ مَا خَالَفْتُكُمَا

Jika kalian berdua sepakat dalam satu hasil permufakatan (masyurah), maka aku tidak akan bertentangan dengan kalian berdua. (HR Ahmad)

Dalam kes perang uhud, Rasulullah saw telah mengumpulkan para pakar (pemuka) dari kaum Muslim termasuk orang yang seakan-akan tampak ke-Islamannya (munafik-pen) dan mereka bermusyawarah. Lalu Nabi saw berpendapat bahawa lebih baik mereka berjaga-jaga (bertahan) di kota Madinah dan membiarkan pasukan Quraisy berada diluar Madinah. Pimpinan kaum munafik, Abdullah bin Ubay bin Salul berpendapat seperti pendapat Nabi, dan pendapat seperti ini juga dianut para pemuka sahabat. Tetapi ada pendapat dari kalangan pemuda dan orang-orang yang memiliki semangat pembelaan yang kuat yang tidak hadir pada perang Badar dan juga yang telah ikut perang badar dan menang, yang berpendapat lebih baik keluar (Madinah) untuk menyongsong dan melawan musuh. Maka muncullah majoriti yang menyokong pendapat para pemuda tadi sehingga Rasul menyetujui pendapat mereka dan mengikuti pendapat majoriti. Peristiwa ini menunjukkan bahwa Rasulullah saw menyetujui pendapat majoriti dan beramal sesuai dengan pendapat tersebut serta meninggalkan pendapatnya dan pendapat para pemuka sahabat, karena mereka berada pada posisi minoriti, hingga orang-orang menyesal (karena tidak sependapat dgn Rasulullah) lalu mereka pergi menghadap Rasulullah dan berkata: “Rasulullah, bukan maksud kami hendak menentang tuan. Lakukanlah apa yang tuan kehendaki. Juga kami tidak bermaksud memaksa tuan. Soalnya pada Tuhan, kemudian pada tuan.” Nabi tetap menolak permintaan mereka : Tidak layak bagi seorang nabi yang apabila sudah mengenakan pakaian besinya lalu akan menanggalkannya kembali, sebelum Tuhan memberikan putusan antara dirinya dengan musuhnya. Perhatikanlah apa yang saya perintahkan kepada kamu sekalian, dan ikuti. Atas ketabahan hatimu, kemenangan akan berada di tanganmu.”


Oleh itu, ingin ambo menegaskan disini, tidak kiralah dalam organisasi apa pun, amalkanlah sistem syura. Mungkin kita rasa tidak perlu untuk melibatkan anggota jamaah yang lain, tapi kita kena ingat, pemikiran kita berbeza-beza, mana tau ada lagi pendapat yang lebih terbaeeeeekkkk la orang kampung ambo kata. Pandangan-pandangan yang pelbagai ini perlu digarap dan diharmonikan untuk mengeluarkan satu keputusan yang benar-benar MATANG demi KEPENTINGAN BERSAMA..

Friday, April 29, 2011

Buatmu Adam dan Hawa


untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..


sekadar renungan bersama..^^