Sekiranya Manusia Sibuk, Biar Dirimu Juga Sibuk !
Sahabatku, Ikhwahku, Ini Nasihat Buatmu Sekiranya Jiwamu Tertumpu Hanya Kepada Tuhanmu !
Tenangkanlah Jiwamu Dengan Ketenangan Yang Hakiki Lagi Diredhai Ilahi Robbi !!!
Bacalah Nasihat Ini, Dan Ambillah Faedah Yang Bisa Engkau Amalkan Untuk Menuju Ketenangan Hatimu :
Sekiranya Manusia Sibuk Bersembang Biar Dirimu Sibuk Berdoa Kepada Tuhan,
Sekiranya Manusia Sibuk Bertikam Lidah Biar Dirimu Sibuk Menanam Ukhuwah,
Sekiranya Manusia Sibuk Tidak Beradab, Biar Dirimu Sibuk Berakhlak Beradab.
Sekiranya Manusia Sibuk Mencontohi Barat Biar Dirimu Sibuk Mencontohi Rasulullah Pemimpin Umat,
Sekiranya Manusia Sibuk Mencaci Biar Dirimi Sibuk Menasihati,
Sekiranya Manusia Sibuk Menfitnah Biar Dirimu Sibuk Zikrullah,
Sekiranya Manusia Sibuk Mengumpat Biar Dirimu Sibuk Bicara Manfaat,
Sekiranya Manusia Sibuk Mencelah Biar Dirimu Sibuk Menjaga Maruah,
Sekiranya Manusia Sibuk Menghukum Bidaah Biar Dirimu Sibuk Beramal Ibadah,
Sekiranya Manusia Sibuk Bergaduh, Biar Dirimu Sibuk Menyatukan Utk Berpadu,
Sekiranya Manusia Sibuk Di Perhambakan Biar Dirimu Sibuk Jadi Hamba Tuhan,
Sekiranya Manusia Sibuk Membesarkan Pemimpinnya Biar Dirimu Sibuk Membesarkan Allah.
Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Mengaut Harta Biar Dirimu Sibuk Mengaut Redha Allah,
Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Bercinta Sesamanya Biar Dirimu Sibuk Mencintai Allah,
Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Kekasihnya Biar Dirimu Sibuk Dgn Bermunajat Pada Allah,
Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Agendanya Biar Dirimu Sibuk Merancang Dana Bertemu Allah,
Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Saham Dunia Biar Dirimu Sibuk Dgn Saham Akhirah,
Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Produk Diciptanya Biar Dirimu Sibuk Fikirkan Yg Maha Mencipta,
Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Istana Rumahnya Biar Dirimu Sibuk Dgn Syurga Istana Allah,
Sekiranya Manusia Sibuk Menjaga Masa Awal Ke Tempat Kerja Biar Dirimu Sibuk Menjaga Waktu Sembahyang Fardhu Yg Lima.
Sekiranya Manusia Sibuk Menghadiri Majlis Kenamaan Biar Dirimu Sibuk Menghadiri Majlis Ilmuan,
Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Keramaian Biar Dirimu Sibuk Dgn Persiapan Bertemu Tuhan,
Sekiranya Manusia Sibuk Mengumpul Harta Biar Dirimu Sibuk Mengumpul Pahala,
Sekiranya Manusia Sibuk Menyolek Luaran Badan Biar Dirimu Sibuk Menyucikan Kerohanian.
Sekiranya Manusia Sibuk Membeli Belah, Biar Dirimu Sibuk Beramal Ibadah Di Rumah Allah,
Sekiranya Manusia Sibuk Menjaga Pandangan Manusia Biar Dirimu Sibuk Menjaga Pandangan Allah,
Sekiranya Manusia Sibuk Fikir Balik Kampung Halaman Biar Dirimu Sibuk Fikir Pulang Kerahmat Tuhan,
Sekiranya manusia Sibuk Dengan Persiapan Aidil Fitri Biar Dirimu Sibuk Dengan Persiapan Bekalan Mati (",)
Sekiranya Manusia Sibuk Memuja Kecantikan Biar Dirimu Sibuk Memuji Keindahan Tuhan,
Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Banglonya Biar Dirimu Sibuk Ulang Alik Ke Rumah Allah,
Sekiranya Manusia Sibuk Mengidolakan Pemain Bola Biar Dirimu Sibuk Beridolakan Rasulullah,
Sekiranya Manusia Sibuk Menjaga Hati Kekasihnya Biar Dirimu Sibuk Menjaga Hubunganmu Dgn Allah.
Ikhwahku,
“ Sekiranya Manusia Itu Sibuk Melakukan Hal-Hal Yang Tidak Berfaedah Yg Tidak Dilakukannya Kerana Mencapai Redha Dan Ganjaran Di sisi Allah, Nescaya Apa Yg Dilakukannya itu Tiada Nilai Disisi Allah, Sebaliknya Sekiranya Manusia Menyibukkan Dirinya Untuk Melakukan Sesuatu Perkara Yg Baik Pada Pandangan Syariat Seperti Ia Ingin Menyibukkan Dirinya Mencari Keredhaan Allah Dalam Hal Apa Sahaja Yg Dilakukannya, Maka Ia Ada Nilai Di sisi Allah Dan Bakal Mendapat Ganjaran Di Sisi Allah "
Sahabatku,
“ Rasanya Tiada Apa Yang Perlu Kita Sibukkan Di Dunia,
Melainkan Kesibukan Itu Hanyalah Layak Untuk Allah S.W.T Sahaja”
Ikhlas Dariku Buatmu Yang Bergelar Sahabat Mahupun Ikhwahku ! (",)
Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,
Penuntut Ilmu Warisan Nabi,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,
Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.
http://kamarudintoyoas-sabahi.blogspot.com/2010/08/sekiranya-manusia-sibuk-biar-kita-sibuk.html
Sibukkan Dirimu Kepada Tuhanmu !
No comments:
Post a Comment