"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"(Imam Hassan Al-Banna)
Wednesday, September 16, 2009
Ramadhan Kian Melabuhkan Tirainya.....
Bismillah..
Pejam celik, pejam celik..Tak sedar hari ni dah 26 Ramadhan..begitu cepat masa berlalu.Seperti baru semalam berpuasa. Ingin ana bertanya, sampai ke mana sudah tahap puasa kita hingga ke hari ini? Ramadhan hanya tinggal menghitung hari-hari terakhir untuk melabuhkan tirainya. Beberapa hari sahaja lagi..Tahun hadapan, belum tahu,belum pasti untuk kita berada di dalam bulan penuh keberkatan ini..
Mmetik kata-kata Ustaz Hasrizal, Ramadhan ialah bulan penantian untuk sebuah malam. Malam apakah itu? Kita menanti, mencari atau memburunya? Lailatul Qadar adalah malam yang pasti datang. Jika menantinya itu hanya dengan sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian.
Entahlah di malam 21, atau malam 23, atau malam-malam ganjil yang lain… Lailatul Qadar dianugerahkan. 9 Ramadhan yang ditempuh Rasulullah SAW di sepanjang hayat Baginda selepas pensyariatan ibadah puasa, menyebabkan riwayat-riwayat tentang Lailatul Qadar hanya tersimpul sebagai suatu anugerah yang diberi pada 10 malam terakhir Ramadhan itu.
Kehadiran Lailatul Qadar adalah suatu ketidakpastian yang disengajakan.Mengapa tidak ditetapkan sahaja satu malam yang diketahui oleh semua orang? Pasti ada hikmah disebaliknya..Suatu ketidakpastian itu menyimpan seribu, sejuta malah tak terhitung hikmahnya. Analoginya sama sperti kehidupan. Pasti ada penghujungnya, tapi bila ia berakhir kita tidak tahu. Mati itu pasti, mati itu tentu, tapi bila kita tidak tahu.
Kesungguhan itu diperlukan untuk suatu jangka masa kehidupan yang tidak penting, agar kita sedar betapa berharganya tiap saat yang dikurniakanNya..Beliau juga menyatakan,memikirkan peluang beramal berakhir pada jangka waktu yang tidak pasti, Nabi SAW memberi ingatan kepada kita agar mengerjakan solat dengan “SOLAT PERPISAHAN”. Bayangkan setiap solat yang didirikan sebagai solat terakhir kita, kerana mati itu tidak pasti. Kerana kita mati sentiasa di antara dua solat…
Ketidakpastian yang mendesak kesungguhan juga perubahan...
Justeru itu, di manakah kita pada saat ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment