Alhamdulillah, hari kedua kursus kepimpinan ini kami mulakan dengan Qiamulail yang diimamkan oleh Ustaz Hatta.. Kedengaran sayup-sayup tangisan kesayuan semasa Qiamulail.. Sekitar jam 8.30 pagi, aktiviti dimulakan dengan sesi ceramah yang dikendalikan oleh En. Maspi. Kami telah diminta untuk menyebut dan menggayakan ayat yang telah ditulis beliau di dalam kat manila tersebut. Kedengaran beberapa orang ketawa kecil apabila kami diminta menggayakan beberapa perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut tanpa mengeluarkan suara.
Kelihatan Shafiq Shikir memegang kad manila bagi melancarkan lagi sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Maspi
LDK seterusnya disambung oleh ustaz Hafidz. Kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan. 2 kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan. Setiap kumpulan mempunyai nama tersendiri yang unik. LDK ini diberi nama Pemimpin dan Kepimpinan.
Setiap kumpulan diminta untuk membina bangunan dengan hanya berbekalkan kertas surat khabar, kad manilla, gunting dan gam air. Kelihatan setiap kumpulan sibuk membina bangunan untuk kumpulan masing-masing.
Sesi sebelah petang, diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Saidah Khadijah. Pada sebelah malam pula, diskusi pemantapan Biro Agama dan Kerohanian IPGM Kampus Keningau dan setelah itu sesi kembara hamba. MasyaAllah.. Sekali lagi para peserta menitiskan air mata.. Slot ini benar-benar memuhasabahkan diri kami, sebanyak manakah sudah sumbangan kita terhadap Islam? Hari ketiga dan hari terakhir kami disana, kami mulakan dengan Qiamulail.. Slot terakhir kami adalah LDK yang disampaikan oleh En. Bujang. Alhamdulillah, masing-masing dapat mengikuti slot ini dengan berjaya.
Peserta perempuan dalam LDK terakhir yang mencari dimanakah terletaknya aura pada diri masing-masing
Dalam lebih kurang jam 10.30 pagi diadakan majlis perasmian penutupan yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGM Kampus Keningau.Antara para pensyarah yang hadir. Dari kiri Ustazah Saidah, En. Baharom bin Md Nor (Timb Pengarah) dan En. Maspi
Kami bertolak balik sekitar jam 2.00 petang dari Taman Pertanian Lagud Seberang, Tenom. Pastinya kursus kepimpinan ini memberi kami banyak ilmu yang bermanfaat disamping pengalaman-pengalaman yang tidak mungkin akan kami lupakan. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus kepimpinan ini terutamanya para pensyarah di Jabatan Pengajian Islam dan Moral, Ustaz Hatta, En. Maspi dan En. Bujang. Tidak dilupakan juga semua yang terlibat dalam kursus kepimpinan ini. Semoga Allah meredhai dan merahmati kita semua.. InsyaAllah.. Amiin..
KURSUS KEPIMPINAN PERKAMPUNGAN SEMARAK BAKTI 09
DALAM KENANGAN
DALAM KENANGAN
program ni memang best.. rugi siapa yang tak pergi hari tu.. camne kita nak kekalkan istiqamah qiam yang kita wat hari tu?
ReplyDeleteassalamualaikum wbt..
ReplyDeletememang susah nak istiqamah bab2 camni.Apa yg pnting, niat kena ada n kesungguhan utk melaksanaknnya. Musuh yg paling kuat n rapat dgn kita sebenarnya adalah diri kita sendiri, yakni nafsu kita yang sering tunduk dgn keasyikan lena yang membuai..