Wednesday, July 29, 2009

muhasabah diri semula

Muhasabah diri semula.. meluruskan niat.. manusia ni kene selalu check niat di pertengahan jalan.. minggu hadapan usrah akan bermula.. hidayah adalah seperti cahaya tidak akan menyapa mereka yang tidak membuka jendelanya.

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat.. how are you? –Your faith(iman), health and study? Some people dream of success while others wake up and work hard at it..

Hari ini kita belajar lagi…

Semoga bertambah kematangan, keimanan,ketabahan,ketenangan…

Carilah erti bahagia, tujuan hidup,nilai insan…

Hargai setiap yang ada di tangan krn mungkin kita hanya akan sedar betapa bernilai setelah ia tiada…tutup kelemahan insan dgn kelebihan dia..

Jadilah spt bintang d mlm hari- menjadi inspirasi orang lain.. spt karang d lautan- tak lemah d pukul badai.. spt lalang- tak luruh dipukul ribut.. carilah.. dan carilah… carilah semua jawapan sementara umur masih ada.. sebelum kita disoal oleh Dia..

Jangan menangguh, krn mgkn esok bkn utk kita..

Pesanan utk dikongsi..

Kita jangan tenggelam dalam masalah..

Kita kene timbul di atas masalah..

Baru kita nampak dan tahu apa masalah tu..

Dan apa yang perlu kita lakukan..

Jangan tenggelam dalam keadaan..

Jangan hanyut dalam keadaan..

Jangan berserah pada keadaan..

Jangan biar diri dikuasai suasana..

Kita kuasai suasana..

Bagaimana?

Jangan sesekali bergantung pada makhluk

Jangan sesekali terdetik mengharap belas kasihan makhluk

Sebaliknya

Dekatkan diri pada Allah

Berdoa supaya Allah beri keikhlasan setiap detik dan saat agar dalam beribadah seperti yang Dia cintai.. agar bila kita struggle study, kita struggle bantu insan lain dan kita berehat sentiasa mendapat rahmat dan nilai tambah di sisi Allah.. supaya kita tak tersia-sia.. ”

”study bukan kerana Allah suatu yang sia-sia.. sebabnya kerana di saat kita paling memerlukan pertolongan di hari hisab, Ilmu, usaha dan kegigihan study itu akan terhapus.. lenyap.. sedangkan study kerana Allah, di dunia kita cemerlang, terbilang.. kita terbilang kerana kejayaan study kerana Allah itu sangat hebat kesannya.. keberkatannya terserlah.. pertolongan Allah maha hebat.. kejayaan itu bukan sahaja memuliakan diri sendiri di mata makhluk, tetapi menaikkan maruah agamanya.. menaikkan semangat insan-insan di sekelilingnya.. dan menurunkan keegoan dan kesombongan diri terhadap Penciptanya.. di akhirat, amal ibadah sebagai saksi kita yang berhujah di hadapan Allah.. membela kita di saat mulut terkunci rapi. ”

”Khusyuk solat.. orang yang berjaya ialah orang yang khusyuk solatnya.. Apabila solatnya teratur, insya’Allah seluruh hidupnya teratur.. Jika solatnya cincai, nescaya seluruh hidupnya cincai walaupun kita nampak steady je..

Ingat!! Solat adalah link kita dengan Allah.. hubungan direct.. sejauh mana hati kita memberati solat, sejauh itulah sebenarnya iman kita.. bila kita letakkan keutamaan pada solat semata-mata kerana Allah.., insya’Allah, Allah akan pelihara solat kita.. yakinlah..

Bila kita letakkan keutamaan pada memelihara aurat sempurna kerana Allah semata-mata.. insya’Allah Allah akan pelihara autrat kita..

Bila kita letakkan study keutamaan kita kerana Allah semata-mata.. insya’Allah Allah akan pelihara study kita..”

”Bila kita meletakkan sesuatu sebagai keutamaan.. pastikan itu hanya kerana Allah.. agar Allah memelihara hajat kita itu.. agar niatnya betul, caranya betul dan hasilnya betul..”

”Last but not least, ingat ni.. jangan tinggal Qiam.. walaupun cuma 2 rakaat tahajud, itulah kekuatan kita.. bila iman kita sihat.. insya’Allah kita sihat yang lain-lain.. tapi bila iman kita sakit, kita akan jadi penyakit pada yang lain-lain..”

”Sekarang fokus study. Tenangkan diri.. atur diri sendiri.. expect the unexpected.. jangan mengharap senang dalam berjuang.. jangan mengharap senang selepas berjuang selagi hidup.. hari akan datang semakin sukar laluannya, hargai apa yang ada sekarang, perkuatkan segala kekuatan yang ada sekarang.. ”


Dipetik dari blog Ukti Nur Khalillah..

Saturday, July 25, 2009

Perkampungan Semarak Bakti II

Alhamdulillah, hari kedua kursus kepimpinan ini kami mulakan dengan Qiamulail yang diimamkan oleh Ustaz Hatta.. Kedengaran sayup-sayup tangisan kesayuan semasa Qiamulail.. Sekitar jam 8.30 pagi, aktiviti dimulakan dengan sesi ceramah yang dikendalikan oleh En. Maspi. Kami telah diminta untuk menyebut dan menggayakan ayat yang telah ditulis beliau di dalam kat manila tersebut. Kedengaran beberapa orang ketawa kecil apabila kami diminta menggayakan beberapa perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut tanpa mengeluarkan suara.

Kelihatan Shafiq Shikir memegang kad manila bagi melancarkan lagi sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Maspi

LDK seterusnya disambung oleh ustaz Hafidz. Kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan. 2 kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan. Setiap kumpulan mempunyai nama tersendiri yang unik. LDK ini diberi nama Pemimpin dan Kepimpinan.

Ustaz Hafidz yang kelihatan ceria menerangkan cara pembahagian kumpulan dilakukan

Setiap kumpulan diminta untuk membina bangunan dengan hanya berbekalkan kertas surat khabar, kad manilla, gunting dan gam air. Kelihatan setiap kumpulan sibuk membina bangunan untuk kumpulan masing-masing.

Kelihatan ahli kumpulan menumpukan perhatian terhadap lakaran yang dihasilkan

Nampaknya perancangan nak bina bangunan tinggi ye?

Kumpulan perempuan tidak kurang hebatnya dalam membuat perancangan.

Rancangan dalam membina jenis bangunan yang akan dihasilkan

Sesi sebelah petang, diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Saidah Khadijah. Pada sebelah malam pula, diskusi pemantapan Biro Agama dan Kerohanian IPGM Kampus Keningau dan setelah itu sesi kembara hamba. MasyaAllah.. Sekali lagi para peserta menitiskan air mata.. Slot ini benar-benar memuhasabahkan diri kami, sebanyak manakah sudah sumbangan kita terhadap Islam? Hari ketiga dan hari terakhir kami disana, kami mulakan dengan Qiamulail.. Slot terakhir kami adalah LDK yang disampaikan oleh En. Bujang. Alhamdulillah, masing-masing dapat mengikuti slot ini dengan berjaya.

Peserta perempuan dalam LDK terakhir yang mencari dimanakah terletaknya aura pada diri masing-masing

Dalam lebih kurang jam 10.30 pagi diadakan majlis perasmian penutupan yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGM Kampus Keningau.
Antara para pensyarah yang hadir. Dari kiri Ustazah Saidah, En. Baharom bin Md Nor (Timb Pengarah) dan En. Maspi

Kami bertolak balik sekitar jam 2.00 petang dari Taman Pertanian Lagud Seberang, Tenom. Pastinya kursus kepimpinan ini memberi kami banyak ilmu yang bermanfaat disamping pengalaman-pengalaman yang tidak mungkin akan kami lupakan. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus kepimpinan ini terutamanya para pensyarah di Jabatan Pengajian Islam dan Moral, Ustaz Hatta, En. Maspi dan En. Bujang. Tidak dilupakan juga semua yang terlibat dalam kursus kepimpinan ini. Semoga Allah meredhai dan merahmati kita semua.. InsyaAllah.. Amiin..

KURSUS KEPIMPINAN PERKAMPUNGAN SEMARAK BAKTI 09
DALAM KENANGAN

Tuesday, July 21, 2009

Kursus Kepimpinan Perkampungan Semarak Bakti

Alhamdulillah, akhirnya Kursus Kepimpinan Perkampungan Semarak Bakri yang telah dirancang beberapa bulan yang lalu berjaya diadakan di Taman Pertanian, Lagud Seberang Tenom. Satu program yang amat berguna dan pastinya bermanfaat kepada semua ahli yang hadir. Kelihatan antara muka-muka keceriaan peserta lelaki yang dapat mengikuti kursus ini..
Pada hari pertama, kami memulakan aktiviti pada sebelah malam dengan ice breaking. Aktiviti ice breaking kali ini agak unik dan berbeza daripada biasa. Peserta dibahagikan kepada dua kump iaitu lelaki dan perempuan. Kami minta untuk mengikat tangan kami dengan tali rafia, setelah itu kami diminta memperkenalkan diri sendiri dan kemudian tali tersebut diberikan kepada rakan yang lain dengan keadaan rangkaian tali rafia tersebut bersulam. Apabila tali tersebut telah berada di tangan peserta terakhir, kami diminta pula untuk menjadikan rangkaian tali rafia yang bersulam itu menjadi satu barisan yang lurus.

Peserta lelaki yang cuba untuk mengeluarkan diri mereka daripada rangkaian tali rafia tersebut, untuk menjadikan satu barisan yang lurus. Tidak kurang hebatnya peserta perempuan, yang juga bertungkus lumus untuk menjadikan satu barisan yang lurus.

Dan akhirnya...
Peserta perempuan telah mendahului peserta lelaki.. Peserta perempuan berjaya menjadikan tali rafia yang bersulam, menjadi satu barisan..

Dan lelaki pula??
Juga berjaya menjadikan satu barisan daripada tali yang bersulam tersebut, walaupun lambat sedikit daripada perempuan..


Aktiviti pertama ini pun, sudah cukup membuatkan diri kami bersemangat untuk meneruskan kursus kepimpinan ini.. Apapun, laporan tentang kursus kepimpinan ini akan di sambung pada siri akan datang.. InsyaAllah..

Wednesday, July 8, 2009

Kursus Kepimpinan Biro Agama dan Kerohanian ( JPP )

Kursus Kepimpinan Biro Agama dan Kerohanian (JPP) IPGM Kampus Keningau
Lokasi : Taman Pertanian Lagud Seberang, Tenom
Tarikh : 17 - 19 Julai 2009
Anjuran : BAK 2009 dengan kerjasama JAPIM IPGM Kampus Keningau
Jumlah Peserta : 30 orang

Semua ahli biro diwajibkan mengikuti kursus ini. Diminta semua ahli biro memberi kerjasama yang sebaiknya dalam menjayakan kursus ini.


Kursus ini merupakan antara program tahunan yang wajib dilaksanakan bagi mengukuhkan kualiti pengurusan dan kepimpinan institusi masjid khususnya dan kepimpinan diri amnya pada setiap ahli biro. Tujuan pelaksanaan kursus seperti ini adalah untuk mendidik diri untuk menjadi pemimpin Muslim/Muslimah terbaik dalam usaha memartabatkan dakwah islamiyyah dalam kalangan pelatih khasnya dan semua umat Islam amnya.

Meskipun program ini mewajibkan setiap ahli biro untuk menjadi peserta, namun setiap peserta diharapkan menyertainya dengan hati yang ikhlas untuk mempelajari sesuatu demiNya agar setiap peserta berjaya 'memperoleh' sesuatu daripada program ini. Justeru itu, keputusan akhir untuk menjadi peserta terletak di tangan anda. Tiada paksaan dalam menyertainya.Apa yang penting ialah keikhlasan untuk memperbaiki diri dan menimba pengalaman supaya kita boleh bergerak dengan lebih mantap diluar sana kelak.Tidak ada gunanya jika hanya jasad kita yang mengikuti program ini sebaliknya roh dan fikiran kita berada entah di mana. Muhasabahlah diri. Jangan hanya menganggap yang bergelar 'ketua' sahaja adalah pemimpin, kerana hakikatnya setiap daripada kita adalah pemimpin.

Renungi sabda baginda Rasulullah SAW,

" Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.."

( Riwayat Muslim )

Tuesday, July 7, 2009

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga diwujudkan biro khas untuk biro agama dan kerohanian IPGM Kampus Keningau ni setelah menghadapai pelbagai kekangan.
Lama dah diusulkan untuk mewujudkan blog ni,khususnya oleh para senior tapi disebabkan terlalu sibuk dgn byk komitmen lain, trpaksalah ditangguhkan dari semasa ke semasa.So, lepas ni blelah setiap ahli biro khususnya dan para pelatih Muslim amnya memberi pandangan dan cadangan secara terus dalam blog ni ya bagi mempertingkatkan tahap dan kualiti institusi masjid kita.
InsyaAllah, kami akan sentiasa kemaskini blog ni sekerap mungkin agar segala maklumat dapat dikongsikan dengan lebih sistematik kepada semua pengunjung.Harapan kami semoga dgn kewujudn blog ini, semua akan mendapat manfaat yang berguna daripadanya..