"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"(Imam Hassan Al-Banna)
Wednesday, March 17, 2010
Thursday, March 4, 2010
86 tahun yang lalu.. Adakah kau suda melupakannya?

" Misi kita telah Berjaya di Turki. Kerajaan Turki Uthamaniyah telah pergi dan tidak mungkin akan datang kembali, kerana punca kekuatan sebenar Islam kita sudah hapuskan iaitu Khilafah Islamiyah. “ – Lord Qiruzon , 12 Oktober 1923 –
Derapan sejarah telah berlalu namun masih segar di benak ingatan tarikh palitan sejarah hitam buat seluruh saentero dunia Islam apabila pada 3 Mac 1924, Kerajaan Turki Uthmaniyah pimpinan Sultan Abdul Majid II secara rasminya telah jatuh ke tangan pemerintah sekular pimpinan Mustafa Kamal Attarturk Laknatullah alaih.
Seluruh dunia Islam terjaga dari lenanya dengan kejutan yang amat besar, setelah dilamun mimpi ngeri dan menakutkan. Mereka seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku, apa yang didengar dan apa yang dilihat hingga timbul pelbagai persoalan : Adakah masih ada Kerajaan Islam Uthmaniyah? Adakah betul kerajaan yang kuat telah tumbang? Kerajaan apakah selepas ini yang mampu mempertahankan Islam dan umatnya? Tragedi ini merupakan sejarah hitam dan pahit bagi setiap insan yang bergelar muslim.
Dalam masa yang sama, dunia Kristian dan Yahudi juga tersedar daripada suatu mimpi yang amat indah, seolah-olah telah mendapat apa yang dicita-citakan sebelum ini iaitu kejatuhan Khilafah Islamiyah. Kegembiraan disambut segenap lapisan masyarakat Kristian di seluruh dunia. Seorang jeneral tentera bernama Al-Alambi dengan bongkak berkata setelah memasuki al-Quds : “ Sekarang telah tamatlah peperangan Salib “. Begitu juga dengan jeneral tentera Perancis yang bernama Goro. Beliau pergi ke makam Salahuddin al Ayyubi yang berada di Damascus dan berkata sambil memijak-mijak makam tersebut : “ Bangunlah wahai Salahuddin ! Sekarang kami telah kembali ! “
Sabda Rasulullah SAW :
“ Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah sampai masa orang-orang Yahudi memerangi umat Islam lalu umat Islam memerangi mereka sehingga mereka lari bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok. Batu-batu dan pokok-pokok lamtas berkata : Wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada orang Yahudi, maka datanglah dan bunuhlah dia.”
Ayuh anak muda mahasiswa Islam ! Bangit dan sedarlah tanggungjawab kita yang sebenar. Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa. Usah lalai dan biarkan umat Islam terus menerus dihinjak dan dicaci. Kini kitalah mata rantai dan pendukung kepada perjuangan Islam yang akan menggegarkan saentero dunia dengan kalimah agung ALLAH AKBAR !!!
sumber artikel :http://cabaranmassa.blogspot.com
Monday, February 22, 2010
Hikmah Berdiam Diri
Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)
"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)
Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,
"Diam-diam ubi berisi"
atau
"Diam-diam tong kosong"
atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"
HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)
Yang salah memikirkan kesalahan orang.
Dipetik dari web iluvislam.com
Sunday, February 21, 2010
SUCI BAGAI BAYI

“Bagaimana keadaan saudara pagi ini?” Tanya mereka berdua.
“Pagi ini, badan saya rasa segar sekali.” kata sahabat itu tersenyum girang.
Mereka berdua pun terasa lapang apabila mendengar jawapan gembira daripada sahabat itu.
Syadad bin Aus pun berkata, “Bergembiralah dengan perkara-perkara yang dapat menggugurkan dosa dan kesalahan. Saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, “ Tuhan berkata: ‘Apabila aku menguji orang yang beriman dengan penyakit, lalu dia memuji-muji Aku kerana ,mendapat ujian dengan mengalami penyakit itu, Aku bangkitkan dia dari tempat tidurnya dalam keadaan seolah-olah dia baru dilahirkan, suci daripada segala dosa’ . Kemudian Tuhan memerintahkan malaikat supaya mencatat amal orang itu, ‘Aku menguji hambaku itu, maka catat perbuatan baiknya semasa dai sihat”.
RENUNGAN: JANGAN MALU KE MAJLIS ILMU
Orang yang hendak mendapatkan ilmu itu mesti bersungguh-sungguh dan memberikan perhatian yang besar kepada ilmu. Hendaklah ia berusaha sekuat tenaga yang dimilikinya untuk mendapatkan ilmu. Jangan malu untuk belajar dan jangan malas. Ia hendaklah mempunyai hati cekal dan kuat. Sentiasa menggunakan kesempatan yang ada untuk menambah ilmu. Tidak perlu disuruh untuk belajar, tetapi ia memang sentiasa siap untuk belajar apabila ada kesempatan. Maka dengan kerajinan dan perhatian yang besar ini ia akan dapat mengumpulkan ilmu sebanyak-banyaknya.
Adapun orang yang malas, patah semangat, tidak ada usaha untuk mempelajari ilmu dan sentiasa menunggu dorongan dari orang lain, maka orang yang seperti ini jarang sekali dapat berjaya dalam mencari ilmu apatah lagi jika berniat selain mencari keredhaan dari Allah s.w.t
Saturday, February 20, 2010
PENYEBAB KERESAHAN DALAM HIDUP
Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam sangat banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :-
1) Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang.
2) Percampuran antara iman dan syirik.
3) Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya.
Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26)
4) Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam.
5) Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain.
6) Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak.
7) Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedangkan pemikiran manusia amat terbatas.
8) Pengaruh makanan dan minuman haram ke atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar.
Adanya penyakit rohani yang membahayakan dan merosakkan peribadi dan martabat manusia seperti hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, riak dan sebagainya.
Kurangnya kesedaran rasa syukur sewaktu mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu mementingkan urusan duniawi.
Sentiasa diselubungi perasaan bersalah atau berdosa kerana telah melakukan perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan hati nuraninya sehinga terjadi konflik batin. Konflik batin ini menyebabkan gangguan fikiran seperti tidak tenteram dan tertekan.
Semoga dengan apa yang akan disampaikan dapat menjadi peringatan, nasihat dan bimbingan terutama pada diri kita dan seluruh kaum muslimin dan muslimat dalam rangka meyempurnakan displin kehidupan agar sentiasa memperoleh taufik, hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T.



