Friday, October 30, 2009

Dunia.. Peperiksaan..

Assalamualaikum wbt.....

Biasanya hujung2 bulan seperti sekarang ni, pastinya di mana2 peringkat sekalipun, pelajar2 dan para siswa siswi sedang sibuk dengan persediaan rapi untuk mendepani ujian dan peperiksaan yang akan menguji sejauh mana kefahaman dan penghayatan mereka sepanjang temph pembelajaran.....
Belajar secara berkumpulan....
Belajar bersendirian.....

Bersedia lebih awal mahupun bersedia disaat akhir peperiksaan...
Ia menjadi rencah berbeza bagi setiap dari insan yang bakal menghadapinya...
Suasana sunyi sepi... Fokus di meja study adalah lumrah apabila tibanya minggu ulang kaji...
Segala aktiviti di'matikan' seketika untuk berkorban masa demi peperiksaan....
Yang memilih mendekatkan diri pada Allah seiring berusaha meningkatkan kefahaman serta persediaan sebelum peperiksaan, tahniah diucapkan....

Namun, bagi yang semakin meninggalkan kebelakang perintah yang lebih perlu, malang dan takziah diucapkan...
Diingatkan, jom sama2 kita dekat kembali kepadaNya... Tiada medium lain yang dapat membantu kita melainkan segala percaturan yang telah diusahakan itu selain dari apa yang Ia akan putuskan....
" Kun fayakun " tatkala ini yang dikatakanNya, maka tiada apa yang dapat kita insan yang lemah ini dapat lakukan...

Nah, inilah masanya dan perlunya kita mencariNya, memohon dan memanjatkan sepenuh penharapan kepadaNya agar Ia melindungi dan menjaga kita dikala menghadapi peperiksaan...
Dikala inilah kita memohon petunjukNya untuk memudahkan apa yang kita ambil dari ilmuNya, dapat masuk dalam hati kita....

Dikala inilah kita mohon padaNya agar Ia berikan pertolongan dikala kita membutuhkan Dia...
Allah tak pernah tinggalkan kita sekalipun... tetapi kita ni yang sering lupa dan melambat2kan pertemuan indah
Peperiksaan kita nanti pastinya di dewan2 besar, dewan kuliah dan juga dikelas2....
Sedar atau tak... Sejak didalam perut ibu lagi kita telah diuji di dalam dewan peperiksaan yang besar.. MilikNya semata...

Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ( Surah Al-Fath : Ayat 4 )

[1394]. Yang dimaksud dengan tentara langit dan bumi ialah penolong yang dijadikan Allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan dan sebagainya,

Berapa ramai yang sedar akan ini....

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? ( Surah Al-Ankaabut : Ayat 2 )

Allah sendiri berfirman bahawa Ia pasti akan menguji setiap dari makhluk yang Ia cipta. Siapa makhluk itu? Kitalah, manusia... Yang Allah ciptakan memiliki akal yang boleh berfikir. Berbeza dari makhluk yang lain..

Peperiksaan besar yang kita akan hadapi ini tidak akan berakhir selagi hayat kita masih ada...
Selagi semampunya kita menghirup oksigen yang Allah berikan secara percuma ini...
Selagi kita mampu menggerakkan anggota tubuh kita tanpa perlu kita ganti 'baterinya'...
Selagi kita mampu melihat tanpa perlu kita pasang ganti 'kanta' yang ada....
Subhanallah... Walhamdulillah....
Terlalu banyak yang Allah berikan nikmat pada kita... Namun, masih lagi kita kufurkan...

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah[789] dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? ( Surah Ibrahim : 28 )

[789 ] Yang dimaksud dengan nikmat Allah di sini ialah perintah-perintah dan ajaran-ajaran Allah.

Yang telah pergi ujian Allah pada mereka telah tamat... Keputusan dan 'markah' mereka akan diperhitung bersama kita nanti tatkala semua manusia dipanggil berhimpun bersama di mahsyar sana....
Sejauh mana 'markah' dan 'keputusan' kita tu bergantung pada amal dan ibadah kita di dewan peperiksaan besar ini....
'jawapan' kita pada 'persoalan' yang Allah telah aturkan.....
jawapan yang tepat pasti 'markah' baik ganjarannya.....
jawapan yang bukan dari apa yang ia minta ada juga ganjarannya....
Makna kata stiap 'jawapan' kita hanya Dia sahaja yang berhak menilai....

Analoginya pensyarah yang mengajar dan menguji peperiksaan kita, ialah org yang selayaknya memberi markah pada kita...
Masakan boleh pensyarah Matematik yang kepakarannya Matematik sahaja mampu menilai kertas peperiksaan dari pensyarah Perubatan....
Pastinya tidak, jika mungkin terjadi pun atas kekuasaan Allah yang mengizinkannya menguasai lebih dari 1 bidang.....

Jadinya, disamping kita bersedia menghadapi ujian dan peperiksaan yang akan diuji nanti... jangan lah diabai dilupa untuk sentiasa bersedia menghadapi dan mendepani ujian2 Allah....
Kerana apa pun jua kepada Dialah tempat sebaik2nya untuk kta kembali dan menanti keputusan dari apa yang telah diuji...

Ya Allah hanya kepada Engkau ku bermohon dan meminta....
Jadikanlah dunia itu didalam genggamanku dalam pencarianku kepada redhaMu...
Janganlah Engkau letakkan dunia didalam hatiku, dan membuat aku lalai dari mengejar cintaMU..

ps* Sahabat2 jom letak dunia dalam genggaman kita untuk ke 'sana....

Thursday, October 8, 2009

Keletihan dalam Hidup

Bismillahirrahmanirrahim..

Awal bismillah pembuka bicara,
Ungkapan alhamdulillah diucap indah
Salam dihulur maaf dipinta
Bersama kita eratkan ukhwah



Alhamdulillah, akhirnya diberi kesempatan untuk m'update serba sedikit info dan perkongsian yang pada ana bermanfaat buat semua.InsyaAllah..

Pernahkah sahabat sekalian merasa letih untuk meneruskan hidup? Putus asa dengan semuanya? Kekecewaan yang menggunung hingga merasakan mati lebih baik saat itu?

Pernahkah sahabat sekalian merasa diri anda tidak berguna sedikitpun pada sesiapapun hingga merasa anda bukan siapa-siapa untuk berkata-kata, bukan siapa-siapa untuk terus berdiri di depan dan bukan siapa-siapa untuk memberi?

Pernahkah sahabat sekalian merasa tidak mampu untuk menanggung semuanya lagi? Setiap saat dihimpit dengan ujian, cabaran, dan dugaan yang seakan menjerut leher, membuatkan anda sesak nafas?

Pernah merasa letih untuk memperbaiki diri kerana persekitaran yang terlalu mencengkam?

Seandainya pernah, bersyukurlah kerana sahabat sekalian merasa apa itu kehidupan. Bayangkan hamba yang sentiasa bergelumang dengan keseronokan tanpa mengenal kesusahan dan keperitan, hatinya sebenarnya kosong dalam hakikat kehidupan.

'Hidup hanya sekali, mesti enjoiii' kata seseorang yang lain. Hidup hanya sekali? Mesti enjoy? Andai kata tengah enjoy, nyawa di tarik..apa yang kita ada untuk dibawa menjadi bekal ke alam yang satu lagi? Apa yang kita mampu jawab jika ditanya apa yang kita lakukan dengan kesempatan, dengan peluang yang diberikan selama bernafas di bumiNya?

Hidup ni memang sentiasa dipenuhi keletihan. Persoalannya, kita letih kerana apa? Sebab enjoy? Letih ketawa berdekah-dekah mengata orang?
Letih dalam berfikir dan menyusun terbaik, ayat terindah untuk diucapkan pada si dia, insan pujaan yang sering membuatkan kita lupa pada Sang Kekasih Agung?
Letih dalam memujuk si dia bila merajuk sebab tak dihubungi untuk semalam?
Letih bermain game?
Letih kerana bermain bola?
Letih kerana terlebih tidur?
Atau letih kerana berusaha memberi yang terbaik dalam segala hal agar mendapat yang terbaik dariNya?

Merasa letih,tertekan,sakit hati, kecewa adalah lumrah dalam hidup. Dalam kehidupan ini, suatu kemanisan dan kebaikan tidak akan mampu kita capai dengan mudah melainkan melalui cabaran dan dugaan yang menggunung. Hendak lulus dalam exam pun kena bersengkang mata mengulangkaji pelajaran, demikian juga kanak-kanak yang baru belajar bertatih pun kena jatuh beratus kali sebelum boleh berjalan. Itu resam kehidupan. Itu konsep kehidupan. Bukan mudah untuk terus istiqamah dalam ketaatan, dalam perjuangan memartabatkan Islam dalam diri khususnya dalam masyarakat luar amnya.

Keletihan yang bertujuan ke arahNya itulah yang perlu dikejar. Hayati saja sirah perjuangan Nabi bersama para sahabat dalam menyebarkan seruan tauhid. Perjuangan mereka tidak pernah senang, tidak pernah mudah, malah perlu berkorban darah dan nyawa. Bandingkan dengan kita, hanya berkorban sedikit masa untuk membaca Al-Quran pun tak mampu. Menghadiri tazkirah pun tak mampu. Melangkah ke masjid untuk solat berjemaah pun payah. Tapi kemampuan itu ada bila si sia mengajak keluar berjam-jam lamanya. Menghabiskan masa bermain game berjam-jam tidak mengapa...Fikirkanlah, jika sampai ke tahap itu, di mana kita meletakanNya dalam hati kita?

Itulah manusia, penuh dengan keangkuhan dan kesombongan. Sentiasa kufur dengan nikmat yang dikurniakan. Hakikatnya, bila terasa sedih, kehilangan sesuatu barulah kita akan teringat padaNya. Kerana itulah kita diuji. Untuk mendidik hati dan jiwa yang sentiasa tunduk pada nafsu. Supaya kita sedar akan tujuan kehidupan didunia.

" Eleh..hidup aku.Suka hatilah..Kau nak buat baik, tunjuk alim, kau punya pasal..! Mati pun kubur masing-masing..!!" Pernah seseorang menujukan ayat tersebut buat sahabat sekalian? Agaknya, apa perasaan kita ketika itu? Penat, letih bukan menegur manusia seperti ini? Ya..kubur masing-masing. Tapi, yang memandikan, yang mengkafankan, yang mengusung kekubur dan memasukkan ke dalam liang lahad, siapa? Sendiri juga kah? Orang lain bukan...
Dalam keadaan kaku, kita memandikan, memakai kain kafan dan berjalan sendiri serta masuk sendiri ke dalam lubang kubur kah?

Bila nak pakai tudung? Bila nak solat? Orang lain berlumba-lumba kerah tenaga untuk bantu martabatkan Islam, kita bila lagi?
"Tunggu sampai seru..!" Jawapan yang padat. Bilalah seru tu akan sampai? Kot2 belum sampai seru tu, seruan kubur dah sampai lebih awal. Seruan azan jelas ditelinga pun ada lagi yang bergelak ketawa, dan pura-pura tak dengar. Nak tunggu seru apa sahabatku?

Mungkin kita memandang remeh sesetengah perkara, kerana tidak menyedari betapa besarnya impak perkara tersebut terhadap masa depan di akhirat kelak.
" Tak apalah usrah tu..bukan ada apa juga, balik-balik hal yang sama.Bosan ja.." Pernah terdengar ungkapan seperti ini? Bukan mudah nak mengajak orang. Jangan kata orang lain, diri sendiri pun payah untuk dididik supaya berusaha mentaatiNya, bukan? Kesimpulannya, memang letih..

Justeru itu, jangan jatuh dek keletihan yang menguasai perasaan. Selagi ada kesempatan, berusahalah meletihkan diri untuk sesuatu yang bermanfaat buat diri dan masyarakat. Jangan pernah berhenti hanya kerana ujian yang menimpa bertalu-talu. Perjuangan tidak akan pernah berhenti selagi ada peluang yang diberikanNya. Memetik kata-kata tokoh motivasi terkenal, Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah, seorang Muslim yang cemerlang ialah Muslim yang berjaya menghadapi setiap tekanan dalam kehidupan. Sejauh mana dia mampu menghadapi tekanan itu, sebanyak itulah ganjaran yang bakal diperolehinya. Semakin besar tekanan yang dihadapi, semakin besar nilai pahala di sisi Allah S.W.T.

Antara pesan seorang hamba Allah ketika suatu ekspidisi ukhwah pada Ramadhan baru-baru ini,
a) Jika tak mampu menjadi serba boleh, jadilah serba tahu
b) Teruskan berlari dan berlari dan berlari tanpa berhenti untuk beramal di jalanNya. Walau hanya dengan amal yang sedikit, berusahalah untuk istiqamah...

Kepada semua sahabat di luar sana, fikir dan renungilah...Letih itu memang sebahagian dari hidup..

Wednesday, October 7, 2009

Usrah..;)

Malam isnin yang lalu (4 Okt 2009), ketiadaan elektrik di Masjid Jamek IPGM Kampus Keningau.. Para naqibah telah dimaklumkan untuk mengadakan usrah antara maghrib dan isyak.. Namun, walaupun dalam ketiadaan elektrik, Masjid Jamek tetap ada pengunjungnya. Adik-adik usrah tetap datang ke Masjid dalam keadaan yang gelap. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua usrah tetap berjalan walaupun dalam keadaan yang gelap. Usrah Qubra telah dijalankan. Seorang naqibah telah menyampaikan sedikit tazkirah.. SubahanAllah.. Hebatnya perancangan Allah.. Setelah usai usrah, kami semua solat berjemaah dan setelah salam pertama akhirnya bekalan tenaga elektrik ada.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Terima kasih atas segala-galanya.. Terima kasih kepada adik-adik usrah yang sanggup datang dalam keadaan gelap.. Terima kasih kepada para naqibah yang juga datang.. Terima kasih pada semuanya.. Hebatnya peracanganMu ya Rabbi.. ;)